Tiga Pelajar Maut Dilanggar Van

Lagi berita mengenai kemalangan di Langkawi yang membabitkan 3 orang remaja perempuan , petikan dari harian metro:

LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.”

Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam.
Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U.

Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya.
Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.
Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi.

 

Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian.
“Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.

“Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya.
Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.

Polis ambil keterangan dari pemandu van

Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.
“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya.

 

Yasmin merajuk, bapa menyesal

“Isteri mententeramkan saya yang cuba menyalahkan diri apabila melihat mayat Yasmin dalam keadaan terbaring tidak bernyawa selepas terbabit dalam kemalangan sejurus dia keluar rumah kerana merajuk akibat dimarahi.”

Begitu kata Johan Eusoffe Abdullah, 44, bapa kepada Yasmin, 17, yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama dua rakan perempuan lain dirempuh sebuah van dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, awal pagi kelmarin.

Johan yang tinggal di Taman Seri Aman, dekat sini, berkata, anak sulung daripada empat beradik berkenaan merajuk selepas dimarahinya selepas arwah enggan berkongsi bilik dengan adiknya, Ayesha berusia 11 tahun.

Katanya, kira-kira jam 11 malam sebelum kejadian itu, dia sedang memasang katil milik adik Yasmin di dalam bilik yang diduduki arwah sejak kecil.

 “Apabila diberitahu bahawa adik bongsunya akan tinggal di dalam bilik berkenaan bersamanya, arwah terus bermasam muka dan kelihatan tidak berpuas hati.
dari petikan nst pula,
Yasmin berlari keluar dengan hanya berkaki ayam, dia dikejar oleh adiknya Muiz 15 tahun, tetapi gagal medapatkan kakaknya.
Encik Johan menghalang isterinya Sazlina Shariman 44, daripada pergi mencari Yasmin.Beliau berharap tindakan itu dapat mengajar Yasmin supaya sedar tindakan yang dibuat kepada adiknya itu  salah.
Sejam kemudian beliau menerima panggilan yang memberitahu anaknya terlibat dalam kemalangan, hancur berkecai hatinya dan dia bergegas ke tempat kejadian melihat mayat anaknya Yasmin sudah terbaring kaku.
Bapa Nur Hazwani, Mansor Md Nanyan, 47, berkata anaknya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah meminjam motosikal kakaknya untuk bawa rakannya  makan malam.

 

Yasmin J Hunwick salah seorang dari remaja terbabit dalam kemalangan menjadi trending topik di Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Tiga Pelajar Maut Dilanggar Van”

  1. hatiputera says:

    Daripada allah kita datang kepada allah kita kembali
    hatiputera recently posted..BEST KE SAMSUNG GALAXY S3

  2. amgyver says:

    ajal di tangan Allah yang maha berkuasa, cuma cara yang berbeza..
    Jadikan ianya satu pengajaran yang masih hidup..
    -Pakai topi kaledar
    -Mesti ada lesen
    -Patuh undang-undang.
    -Jangan biarkan anak terutamanya perempuan dan bawah umur keluar malam.

    amgyver recently posted..Karnival Vespa Antarabangsa Kuala Kangsar 2012

  3. cik tom says:

    al-fatihah kpd mangsa..
    means mangsa bonceng motosikal 3 org skali naik ke?
    mmg agak berbahaya…
    cik tom recently posted..Wordless Wednesday 1: Tips Menabung Yang Berkesan

  4. mat says:

    Tmpt kjadian adalah bdekatan gn rmh mgsa..arwah hazwani n arwah afiqah hnya mahu mkn dkedai bdekatan..semasa proses nk keluar 2 laa mgsa2 tserempak gn arwah yasmin..yg smsa 2 lari sb mrajuk gn ayah beliau..so bnceng skali sb nk bwk blk..n bt pusingan u..jalan tue sunyi la mlm2..benda dah nk jadi..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold