SINOPSIS Parut Asyikin

Telefilem Parut Asyikin lakonan Erra Fazira dan Eman Manan akan ditayang pada 17 Jun jam 10 malam di Astro Citra. Arahan Sabri Yunus ini adakah dapat mengulangi kejayaan Sanggul Beracun yang memenangi katefori Pengarah Terbaik, Skrip Terbaik, Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2011?

SINOPSIS Parut Asyikin

Nur Asyikin (lakonanErra Fazira) seorang wanita jelita yang muncul secara misteri di sebuah pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi yang diamanahkan kepada Ustaz Muas lakonan Eman Manan. Kemunculan Asyikin mengubah kehidupan Ustaz Muas yang selama ini setia mengajar agama di pondok itu. Selepas kematian isterinya Kalthum, Ustaz Muas berkahwin dengan Asykin untuk mengelakkan berlakunya fitnah.


Tetapi perkahwinan itu telah membongkar peristiwa 20 tahun dahulu. Parut yang ada pada tubuh Asyikin mengingatkan Haji Muas kepada peristiwa kejam dan tragis yang menyaksikan kematian bapa Asyikin ditangan Muas dan tubuh Asyikin semasa bayi dikelar kejam oleh Muas. Menginsafi kejahatan dan dosanya kepada Asyikin, Muas bertekad menjaga Asyikin hingga mendorong Muas membina rumah di tengah tasik untuk mereka berdua.

Ini kerana Muas pernah mendengar bisikan bahawa Asyikin akan mati disengat oleh labah-labah hutan dan rumah di tengah tasik bakal menyelamatkan nyawa Asyikin.

Sementara itu, Lazim lakonan Bohari Ibrahim kawan Muas yang sama terlibat dalam rompakan di rumah Asyikin dahulu telah tertangkap dan dihukum. Tetapi Muas berjaya melarikan diri. Peristiwa itu terus menghantui hidup Muas sehingga mengubah haluan hidupnya dan berbakti di Pondok Tuan Guru Haji Asmawi.

Dalam pada itu, Lazim terus menjejaki Muas kerana dia menganggap Muas mengkhianatinya dan akhirnya berjaya menemui Muas di pondok perguruan itu. Dia mahu melunaskan dendamnya dengan membunuh Muas yang kini sedang menjaga isterinya Asyikin yang sedang sarat mengandung.

Drama ini mengisahkan erti kesetiaan, cinta, dendam dan pengkhianatan dalam sebuah plot penceritaan yang luar biasa. Api cinta dan dendam akan menjadi debaran kencang dalam drama ini yang menyaksikan gabungan dua pelakon terbaik tanah air, Erra Fazira dan Eman Manan.

 

…………………………………………………….

Dari jalan cerita memang best ni, lagi lagi ada Eman Manan dan Erra Fazira jadi pelakon utama, jangan lupa saksikan Parut Asyikin 17 jun di astro Citra ye :)

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “SINOPSIS Parut Asyikin”

  1. karisma says:

    Asslam , saya ingin bertanya ,bilakah tele filem ini akan di tayangkan semula,minte sedikit info, terima kasih.

  2. mymarketing says:

    Saya baru tengok cerita ni harini (3 July 2012) kat astro. Jalan cerita memang menarik. Tapi, sepatut kalau watak Ustaz takkan boleh percaya bisikan bisikan…pas tu curi ayam pula…Jalan ceritani sepatutnya boleh diperhebatkan lagi…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold