Sinopsis Naziha Slot Zehra Tv3

Slot Zehra terbaru di Tv3 NAZIHA akan ditayangkan pada 15 Jun ni menggantikan Bunga bunga Syurga. Nazihah 13 episod diarahkan oleh Along Kamaludin , para pelakon dalam Nazihah ialah Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra,  Zain Saidin, Amar Baharin, Nelydia Senrose, Nadia Kesuma, dan Mustafa Kamal.

SINOPSIS Naziha

Naziha mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik dan diminati ramai, Naziha (Izara Aishah) ada kekasih bernama Adam (Ryzal Jaafar). Farok juga meminati Naziha, tetapi cinta Farok telah ditolak dan Farok dimalukan di depan orang apabila Naziha berkata dia tidak akan mencintai Farok sampai mati.

Ini membuatkan Farok meyimpan dendam dan mahu memiliki Naziha, Farok menabur pelbagai fitnah hinggalah pada hari pernikahan Naziha dan Adam, keluarga Naziha membatalkan perkahwinan itu kerana termakan dengan fitnah Farok.

Untuk tidak memalukan keluarga Naziha, Farok menawarkan diri bernikah dengan Naziha . Nazihah dipukul dan disakiti apabila hidup bersama dengan Farok, selain tu Farok mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan cinta dari Naziha. Dapatkah Adam menyelamatkan Naziha dari genggaman Farok yang jahat tu, sama sama nantikan Naziha di slot Zehra tv3 jam,  Jumaat.

Para pelakon dalam Naziha

Izara Aishah (Naziha), Ryzal Jaafar (Adam), Erry Putra (Farouk), Zain Saidin (Amri), Amar Baharin (Akmal), Nik Zaris Nellydya (Vina), Nadia Kesumawati (Fauziah), Dilla Ahmad (Latifah) dan Mustapha Kamal (Cikgu Nordin).

 

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold