Sinopsis Janji Jujur Sepi – telemovie Skrin Di 9

Pada 13 Jun ni, ada satu telemovie baru di Tv 9 bertajuk Jujur Janji Sepi lakonan Beto Qushairy dan Neelofa. Pada peminat peminat drama melayu dan peminat Beto atau Neelofa jangan lupa saksikan drama ni nanti di Tv9 jam 8.30 malam.

Sebelum tu kita baca sinopsis drama Janji Jujur Sepi

Mengisahkan Andy jatuh cinta pandang pertama terhadap Dhea. Usaha gigih Andy selama 7 bulan memikat Dhea berhasil dan mereka akhirnya jadi pasangan kekasih. Namun sedang cinta mereka mekar berputik, Andy terpaksa ke Perth, Australia, untuk menemui rakan baiknya, Johan.

Tapi sebelum ke Perth, Andy berjanji dengan Dhea untuk kembali ke pangkuannya selepas 7 hari. Namun kini Andy tersepit di antara dua dilema yang berbeza. Johan sebenarnya menghidapi penyakit genetik yang menjejaskan kawalan otot dan mendorong kepada kemerosotan pemikiran. Lebih menyedihkan penyakit Johan tiada penawar. Johan telah meminta Andy menjaga teman wanitanya Vee, sebaik mungkin. Andy terasa berbelah bahagi kerana saat ini dia sedang leka dibuai cinta Dhea. Oleh kerana terhutang budi kepada Johan, Andy terpaksa mengotakan janjinya untuk membahagiakan Vee.

Maka bermulalah penipuan demi penipuan oleh Andy. Dia cuba mencintai Vee meskipun dia tidak mempunyai perasaan terhadap wanita itu. Tetapi Andy terpaksa melakukannya tanpa kejujuran kerana tiada pilihan. Masalah baginya, percubaan untuk membuatkan wanita jatuh cinta padanya adalah sememangnya sulit dan percubaan untuk membuatkan wanita yang terluka agar jatuh cinta terhadapnya adalah berganda sulitnya.

Pada masa sama, Andy tetap mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Dhea. Andy hidup dalam dua dunia dan dia tahu suatu hari nanti, semuanya pasti akan terbongkar…

Apakah Andy (Beto Kusyairy) akan mengotakan janjinya terhadap Johan (Shah Iskandar) untuk membahagiakan Vee (Izreen Azminda) atau adakah dia akan mengikut kata hatinya untuk bersama Dhea (Neelofa)?

 

 

 

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sinopsis Janji Jujur Sepi – telemovie Skrin Di 9”

  1. nurmisnan says:

    Suka Beto berlakon jer.. real and cool…
    nurmisnan recently posted..Don’t cross your legs!!

  2. saya suka jugak cara lakonan Beto :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold