Sidang Media: Neelofa Beri Masa 7 Hari Untuk Anzalna Tunjuk Bukti

Satu sidang media diadakan oleh pelakon Neelofa dengan ditemani oleh 2 orang peguamnya. Sidang media yang dihadiri oleh para wartawan diadakan di Hotel One World Bandar Utama Petaling Jaya. Bermula dengan artikel ditulis di akhbar BiPop bertajuk  “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012  yang mengandungi luahan hati Anzalna mengenai Neelofa.

Pelakon Neelofa telah menafikan dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan padanya dan 100% dikatakan tidak benar. Oleh itu untuk permulaan ini, Neelofa menghantar surat guaman melalui dua orang peguam yang dilantik untuk Anzalna. Dalam masa 7 hari, Anzalna perlu tampil memberikan penjelasan dan menunjukkan bukti tentang dakwaan yang diberikan kepada akhbar BPOP. Jika tidak, Neelofa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Antara dakwaan Anzalna ialah

Neelofa menerusi akaun Facebook milik keluarga menghina dia dan keluarganya dengan perkataan yang tidak elok. Malah, Anzalna juga mendedahkan Neelofa mewujudkan satu akaun ‘Kami Benci Anzalna’. Paling serius, Anzalna mengakui turut menerima ugutan daripada Neelofa seandainya dia memenangi pertandingan Dewi Remaja.

Ekoran daripada laporan itu, Neelofa telah memberikan kenyataan balas menerusi akaun twitter miliknya. Jelas Neelofa, tindakan Anzalna itu adalah untuk menfitnah dirinya dan keluarga. Tambahnya lagi, dia tahu di mana kedudukannya dan untuk membuktikan kebenaran, dia akan mengambil tindakan selanjutnya dengan cara yang betul.

Neelofa di sidang media berkata:

“Selepas kenyataannya keluar, saya terus menemui peguam untuk mendapatkan nasihat.

“Dan sebagai permulaan, saya mengambil tindakan ringan dengan cara formal terhadapnya agar masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

“Andai kata dia enggan bekerjasama, saya akan memberi dia dua pilihan lagi untuk tindakan yang seterusnya,”

“Memang ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan perkara sebegini. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Anzalna ini sangat berat serta membabitkan nama baik keluarga saya. Sebab itu saya tidak boleh bertolak-ansur atau melupakannya begitu sahaja. Ia menjejaskan reputasi saya sekarang ini dan juga di masa akan datang. Demi menjaga nama baik saya dan keluarga, saya perlu ambil tindakan sebegini. Seandainya saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, mungkin Lofa akan maafkan dia,”

Menurut Neelofa tuntutan itu dibuat untuk membersihkan namanya yang mungkin terjejas di masa akan datang.

Menerusi lamanweb budiey.com, intipati sidang media petang tadi:

1. Neelofa melalui dua orang peguam yang telah dilantik telah mengeluarkan surat notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun 2012.

2. Terdapat 9 perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas daripada pihaknya.

3.Menurut Neelofa, segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar adalah berunsur fitnah.

4.Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan dikenakan tindakan seterusnya.

 

sumber dan gambar dari budiey.com

 

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sidang Media: Neelofa Beri Masa 7 Hari Untuk Anzalna Tunjuk Bukti”

  1. akubiomed says:

    Harap masalah 2 bintang ini baru ini dapat diselesaikan secara aman. Teringatkan pertelingkahan pernah berlaku pada 2 artis wanita pada tahun 80an. Akhirnya mereka dapat berkerjasama dan digandingkan didalam satu filem yang mengisahkan pertelingkahan mereka yang difilemkan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # naik pelamin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold