Shasha Saidin Failkan Perceraian

Selepas dikejutkan dengan berita perceraian Raja Azmi dan Jalani Sidek, ada lagi berita pasal artis nak bercerai, iaitu bekas penyanyi anggota Elite, Shasha Saidin. Shasha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian.

Dari mstar online,  Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga.

“Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut.

“Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan,” katanya yang hadir ke mahkamah sambil dtemani ibunya. Dia hadir ke Mahkamah yang sama di mana Raja Azmi dan Jalani hadir untuk proses perceraian kira kira jam 10 pagi Selasa .

 


Sasha yang turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media.

Sasha 36, dan Salyo,  yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia 3 tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

 

Shasha dan Salyo serta anak mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold