Sharizal Jaszle Hantar Rombongan Merisik Buah Hatinya

Selepas Sharizal Jaszle kecewa dan putus cinta berkali kali akhirnya pelakon Asmara ini bertemu dengan pilihan hati yang juga kenalan lamanya. Sharizal rapat dengan Redzwani Puteri selepas putus cinta dengan Miera Liyana. Di laman twitter, Sharizal mengakui akan  menghantar rombongan merisik Redzwani pada 15 Julai ni.

 

“Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.

“Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.

“Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan,”

angka 15 yang dipilih oleh Shahrizal sebagai tarikh merisik ada kisah di sebaliknya, angka itu menandakan hubungan cinta mereka sudah genap 1 tahun..

Perancangan kahwin bukan dalam masa terdekat, kata Sharizal buah hatinya tu masih lagi belajar dan akan tamat 2 tahun lagi

“Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu.¬† Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat,”

GAMBAR Sharizal Jaszle dan kekasih barunya
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold