Rozita Che Wan Nafi Bercinta Dengan Beego

Rozita Che Wan pelakon hot ni selalu saja dihimpit dengan gosip bercinta dengan lelaki muda, dulu dengan Shahir Af, lepas tu Zain Saidin, terbaru dengan Beego pulak. Tapi apa kata tuan empunya diri mengenai gosip yang melanda dirinya sekarang, betul atau tidak Rozita atau panggilan manjanya Che Ta ni bercinta dengan Beego?

Bagi Rozita kerana status dia solo atau erti kata lain janda, banyak lah gosip mengatakan dia bercinta dengan mana mana lelaki, tetapi Rozita menafikan gosip berkenaan kerana dirinya masih lagi solo..
“Ini adalah gosip paling baru yang saya dengar tentang diri saya, kerana hakikatnya saya sendiri tak pernah mengetahuinya.

“Kelakar pula saya dengar tentang cerita ini. Mungkin kerana saya masih solo, jadi orang dengan mudah mengaitkan saya dengan selebriti lelaki yang kebetulan juga solo,”

Rozita berkata, orang ramai mudah untuk membuat kesimpulan tentang dirinya walaupun tidak mengenali personaliti dan dirinya dengan lebih dekat.

Pelakon yang berstatus ibu tunggal itu mengakui memang mengenali Beego, tetapi hanyalah bertujuan untuk menjayakan lakonan mereka bersama dalam drama Chef Cinta di mana penggambaran drama itu dijalankan pada bulan April lepas.

“Mungkin kerana kami berlakon bersama. Jadi orang mula kaitkan kami berdua. Kalau keluar dengan Beego pun, kami akan keluar bersama-sama krew produksi secara beramai-ramai.

“Terus terang, saya memang tidak pernah menyimpan perasaan dengan Beego apatah lagi untuk bercinta dengannya kerana semua itu mustahil,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rozita Che Wan Nafi Bercinta Dengan Beego”

  1. akubiomed says:

    Beliau ini tidak pernah lekang dari digossip.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # naik pelamin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold