Rita Rudaini Failkan Bantahan Nusyuz

Pelakon Rita Rudaini yang pulang dari menunaikan umrah pada 3 Jun menfailkan bantahan awal terhadap permohonan kembali taat (nusyuz) yang dikemukakan oleh suaminya Aidil Zafuan pada 16 Mei lalu.

Rita yang hadir bersama peguamnya, Datuk Mohamad Zaidi Md Zain sepatutnya hadir ke mahkamah bagi membicarakan mengenai kes yang dituntut Aidil namun kelibat pemain bola sepak kebangsaan itu bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari tidak kelihatan sehingga mahkamah memerintahkan prosiding pagi itu ditangguhkan.

Rita yang baru saja pulang dari mengerjakan umrah pada 3 Jun lalu terkejut mengenai ketidakhadiran Aidil dan memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang notis penangguhan daripada pihak plaintif.

Hakim syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad bagaimanapun menetapkan tarikh 9 Julai depan bagi memberi peluang kepada Rita mengemukakan sebab-sebab bantahan yang dimohonnya itu.

 

sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold