Remy Ishak Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-paru

Pelakon Remy Ishak dimasukkan ke wad kerana ada jangkitan paru paru atau pneumonia sejak Isnin, gara gara dia tak cukup rehat dan tidur. Remy ditahan di wad di Hospital Pakar Ampang Puteri. Kata Remy di perlu mendapat pemantaun dari doktor secara terperinci dan perlu berehat sebelum dibenarkan pulang.

Beberapa hari lalu, Remy ada menulis di twitter dia demam panas dan ada di hospital tetapi berasa kecewa kerana tidak dipedulikan oleh kekasihnya Tiz Zaqyah.

Remy enggan komen bila ditanya mengenai kekasihnya yang tak peduli tentang dirinya,

“Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen,”

Remy perlu rehat

“Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.

“Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah,”

Nasihat Remy

“Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit.

“Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik,”

Dulu Zizan masuk hospital juga sebab penat dan kuat sangat bekerja, kini giliran Remy pula, mana tau ada lagi artis yang kuat sangat bekerja tanpa rehat, jadi rehat2 kan lah diri juga.

sumber : mstar online

Tiz Zaqyah Layan Remy Macam Sampah
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Remy Ishak Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-paru”

  1. akubiomed says:

    Harap hero pujaan Malaya ini sembuh dengan cepat.
    akubiomed recently posted..Applikasi Instagram for Chrome untuk peminat tegar kini di Chrome

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold