Ras Adiba Botak Kepala Demi RM50,000

Ras Adiba pembaca berita, sanggup membotakkan kepalanya untuk mendapatkan M50,000 bagi didermakan kepada tabung Makna untuk penghidap sakit kanser. Ras Adiba dijemput untuk menyertai Jom Botak satu kempen yang dibuat oleh Makna atau Majlis Kanser Nasional.

Apa kata Ras Adiba

“Saya mendapat jemputan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) untuk terbabit dalam kempen Jom Botak ini sebagai menyatakan sokongan kami kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak.
“Kalau bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya memiliki ahli keluarga yang juga penghidap kanser. Ayah tiri saya meninggal dunia kerana barah kolon manakala pak cik dan beberapa rakan menjalani rawatan atas sakit dihadapi.
“Mereka orang terdekat dengan saya dan saya melihat mereka sangat tabah dan kuat. Bayangkan bagaimana mereka melalui hari-hari mereka dan saya berasa cukup hormatkan mereka,”

ni adalah sebahagian daripada usaha saya tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang pesakit hadapi khususnya kanak-kanak.
“Jadi saya berharap lebih ramai masyarakat menunjukkan rasa prihatin mereka dan bersama-sama kami nyatakan sokongan terhadap pesakit kanser. Saya berharap dapat mengumpul sumbangan peribadi RM50,000 untuk tabung Makna.

Kempen Jom Botak ini diketuai oleh Datuk Dr Arunan Selvaraj, katanya kempen itu bermula sejak sebulan lalu dan baru-baru ini, pihaknya menjayakan rakaman klip video bagi meraih sokongan masyarakat.

 

 

…………………………………………..

agak agak, wajarkah kempen Jom Botak untuk membantu kanak-kanak menghidap kanser ni? rasanya banyak cara lain lagi untuk mendapatkan derma dan sumbangan selain dari membotakkan kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold