Raja Azmi dan Jalani Sidek Cerai Talak Satu

Berita ni agak mengejutkan juga mengenai perceraian pengarah filem kontroversi Raja Azmi dan suaminya Jalani Sidek. Dari laporan web hiburan gua.com.my melaporkan pasangan Raja Azmi dan Jalani telah sah bercerai talak satu.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur hari ini meluluskan permohonan cerai di antara penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan pasangannya, Mohd Jailani Mohd Sidek. Permohonan itu diluluskan oleh Tuan Hakim, Shaiful Azli Jamaludin selepas meneliti permohonan dan keterangan bersumpah daripada pihak plaintif, Raja Azmi.

Dalam prosiding itu, Jailani Sidek, melafazkan cerai talak satu terhadap Raja Azmi.

Menurut Hakim, mahkamah meluluskan permohonan itu atas dasar tidak lagi wujud kasih sayang dan berlaku konflik berpanjangan di dalam perkahwinan pasangan itu.

dipetik dari Bernama, pasangan itu sebak dan menangis ketika bersalaman dan berpelukan. Jalani melafazkan talak dengan tenang,

“Bahawa saya Jalani Sidek menceraikan isteri saya Raja Azmi Raja Sulaiman dengan talak satu”. Sebelum melafazkan cerai itu Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin memberi peluang kepada Jalani, 49, dan Raja Azmi, 53, untuk bersalaman sebelum mahkamah mengesahkan penceraian mereka.

 

Raja Azmi ketika ditemui pihak wartawan memkalumkan yang dia tidak lagi sanggup mendengar tomahan serta cemuhan masyarakat mengenai hal peribadinya. Raja Azmi 53 mengambil jalan untuk bercerai dengan suaminya Jalani Sidek 48 demi menjaga maruah suaminya.

“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu”

 

Musim artis bercerai kah? Shasha bekas anggota Elite pula failkan perceraian

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold