Pergaduhan Anzalna Tasha Shila dan Neelofa, Hero Zed Zaidi Datang

Sejak akhir akhir ni berlaku pelbagai kisah kurang enak dan pergaduhan antara 3 artis wanita, mereka itu ialah Tasha Shila, Neelofa dan Anzalna. Pergaduhan bermula apabila ada laporan di sebuah majalah hiburan  berkenaan kenyataan Neelofa tak puas hati dengan kemenangan Tasha Shila dalam ABPBH.

Tasha Shilla pula membidas pelakon Neelofa yang  sindir kemenangannya pada ABPBH2011. “Neelofa busuk hati,” kata Tasha Shilla. Neelofa pula menjawab, “Saya tak pernah nafi kemenangan Tasha.” – (BiPop, Berita Minggu 27 Mei 2012, m.s 14 & 15)

Ditambah lagi dengan kenyataan terbaru pelakon baru Anzalna yang membuat pendedahan yang Neelofa pernah memburuk-burukkannya semasa dalam Dewi Remaja. Apabila berlaku tuduhan dan dakwaan begini, maka Seniman selaku persatuan yang membela artis turut memberikan kata dua kepada mereka. Hentikan pergaduhan atau menerima hukuman disekat untuk berlakon.

Memang tegas bunyinya tu. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang baru memberitahu mstar online, pihak Seniman tidak teragak-agak menghukum artis jika mereka didapati bersalah setelah satu Jawatankuasa ditubuhkan menyiasat apa punca pergaduhan mereka sebenar.

Ketiga-tiga artis tidak perlu takut jika mereka di pihak yang benar.

Apa kata Zed Zaidi,

Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

“Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

“Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

“Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,”

sumber : mstar online

Pergaduhan antara artis memang mencemarkan industri seni hiburan, memang tepat langkah Seniman mengatasi masalah ini supaya tidak lag berlaku pada artis lain.

 

Anzalna dedahkan Neelofa cuba jatuhkannya

Neelofa balas kenyataan Anzalna

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pergaduhan Anzalna Tasha Shila dan Neelofa, Hero Zed Zaidi Datang”

  1. akubiomed says:

    Dunia industri Malaysia ini kecil. Kalau gaduh-gaduh tiada hasilnya.
    akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai Klebang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold