Peralat budak untuk minta sedekah

Pernah tak masa tengah isi minyak ada budak lelaki atau perempuan datang bawa kertas atau mcm resit duduk je tunggu kita habis isi minyak? tak pun masa tengah kat mesin atam atau kat bank, bila keluar je budak lelaki /perempuan ni duduk depan pintu bank nak minta derma.

 

Siapa budak budak ni, kenapa lah orang dewasa gunakan budak budak ni yang sepatutnya ke sekolah dan belajar tetapi dipaksa tunggu di depan pintu bank atau stesyen minyak nak meraih simpati orang. Bangsa lain tak ada pun tengok suruh anak anak diorang buat mcm tu. Ni bangsa melayu dan islam ni kenapa buat macam tu? malu sangat lah bangsa kita macam ni. Islam tak ajar cara kutip derma macam tu.

Budak budak ni bawa dokumen dan kertas macam resit yang tak pasti dari mana, entah betul atau tidak, sebab semua tu boleh dicetak dan dipotostat aje. Mereka guna nama sekolah dan institusi untuk nampak lebih meyakinkan. Budak budak buka reti buat semua tu , mesti dibuat oleh orang dewasa yang menjadikan mereka alat.

Jika mereka benar benar perlukan bantuan dan dana, ada banyak saluran boleh mereka ajukan permohonan. Bukan dengan cara peralatkan kanak-kanak ni dengan menjual tisu, kalendar dan sebagainya.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Peralat budak untuk minta sedekah”

  1. MDHAFiZ.NET says:

    kadang2 mereka akan minta dana utk mahaad atau madrasah. .. tp entah lah betul ke tak..

    salah caranya ini. ..
    MDHAFiZ.NET recently posted..Singapore Vs Malaysia 2012 (International Friendly Match)

  2. akubiomed says:

    Selalu terjumpa budak-budak ini di stesen minyak dan bank.
    akubiomed recently posted..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman

  3. hatiputera says:

    macam-macam sekarang nie,,,nak tolong pun takut kita tertipu pulak..
    hatiputera recently posted..Cakap Siang Pandang-Pandang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold