Pemilik Petknode Megaku Bersalah Mengabaikan Penjagaan Kucing

Masih ingatkah kes kucing kucing yang terbiar terkurung di dalam sebuah premis penjagaan kucing semasa raya tahun lepas, kedua dua lelaki pemilik premis berkenaan sudah mengaku bersalah.

Petknode seksa kucing selama seminggu.

baca petikan berita berikut

Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan kucing sementara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 30 pertuduhan mengabaikan kebajikan 30 kucing hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan itu, tahun lalu.

 

Shahrul Azuan Adanan, 29, dan Yushairi Khairuddin, 29, yang juga orang kena saman, hari ini menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K B Elena Hong Tze Lan.  Pada Disember lalu, mereka mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama sudah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan, tanpa sebab munasabah yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pusat jagaan kucing itu, di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Level 1, Plaza Seasons Square Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 hingga 4 September 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk menjatuhkan hukuman.  Terdahulu, peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili Shahrul Azuan dan Yushairi menjelaskan kepada mahkamah apa yang berlaku adalah pengabaian kerana tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing-kucing tersebut, bukan kezaliman.

Elena pula berkata berdasarkan laporan bedah siasat, haiwan itu seolah-olah diabaikan terlalu lama.

Pegawai Pendakwa Jamadi Badri daripada Jabatan Veterinar memberitahu mahkamah kedua-dua orang kena saman itu perlu mengetahui kemampuan mereka untuk mengambil jumlah haiwan peliharaan.

Sementara itu, lebih 30 orang pencinta haiwan peliharaan berpakaian serba merah hitam berkumpul di luar mahkamah.

sumber- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pemilik Petknode Megaku Bersalah Mengabaikan Penjagaan Kucing”

  1. ed says:

    Owh peguam tertuduh kata ‘pengabaian’ BUKAN ‘kezaliman’
    Jadi apa kata, kurung manusia yg ‘tak guna’ ni selama 1 minggu, abaikan diorang jgn bg makan minum…(bgtau hakim itu xpe, kita bkn zalim..kita cuma abaikan manusia x berguna mcm tu je) Hei..ikot geram, wat je kt diorang mcm tu..baru rasa balik. Haiwan mkhluk brnyawa, suka hati tinggal smggu lebey mcm tu ja..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold