Pelatih PLKN Dusun Resort Dikuarantin Kerana H1N1

Seramai 96 daripada 300 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kem Dusun Minda Resort dekat Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 sejak malam semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 18 pelatih sedang dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu.

“Jabatan kesihatan sedang memantau kes tersebut dan langkah pencegahan telah diambil oleh pihak pengurusan kem bagi memastikan virus itu tidak merebak,” katanya ketika dihubungi di sini hari Khamis.

Beliau berkata pihak pengurusan kem juga mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan dan beberapa petugas jabatan kesihatan turut ditempatkan di kem berkenaan.

sumber- BERNAMA

Dari Sinar Harian

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, kes berkenaan mula dikesan apabila ramai pelatih di kem terbabit mula mengalami demam dan batuk.

“Mereka kemudiannya dibawa pihak pengurusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

“Seramai 60 pelatih hanya menerima rawatan pesakit luar manakala 15 daripadanya termasuklah 11 pelatih lelaki dan empat pelatih perempuan, ditahan di wad Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut,”

Punca jangkitan dipercayai bermula daripada salah seorang pelatih yang sudah dijangkiti H1N1 yang kemudiannya merebak kepada pelatih lain sama ada akibat batuk atau bersin yang tidak mengikut tatacara yang betul.

Golongan waris dan ibu bapa pelatih-pelatih di kem terbabit tidak perlu bimbang kerana keadaan pada masa kini masih terkawal.
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold