Osman Kering Kritikal di ICU Bukan Meninggal Dunia

Maaf atas kesalahan & kekeliruan yang timbul, berita dari beberapa laman web hiburan yang melaporkan Osman Kering meninggal tak benar, di Twitter Zed Zaidi, beliau menulis, bahawa Osman Kering belum lagi meninggal dunia seperti yang dihebohkan.

Presiden Seniman Zed Zaidi, meminta kabar angin mengatakan Osman Kering meninggal  itu dihentikan.

Apa yang berlaku, semasa di rumahnya, nadi Osman Kering telah tiada namun berjaya diadakan kembali apabila dibawa ke HUKM. Kini keadaan Osman Kering dilaporkan kritikal dan berada di wad ICU.

 dari petikan berita Harian Metro

Isteri Osman Kering, Che Norhayati Che Omar, 48, menafikan khabar angin yang tersebar di sebilangan blog hiburan dan laman sosial bahawa suaminya meninggal dunia.

Sebaliknya pelawak dan pelakon yang nama sebenarnya, Osman Kassim, berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat serta menggunakan bantuan mesin pernafasan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Nama benar beliau Osman Kassin berasal dari Bachok Kelantan, pernah membintangi filem Antoo Fighter, Senario The Movie dan Man Laksa.

sama sama doakan beliau sembuh

 

Kabar angin tadi sudah cepat tersebar antara artis yang belum mendapat berita sahih, semuanya kerana salah faham antara maklumat yang diterima oleh wartawan mengenai keadaan Osman Kering.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold