Neelofa Terima Maaf Anzalna Dengan Syarat

Neelofa yang ada krisis dengan Anzalna sedia menerima maaf dari Anzalna tetapi ada syaratnya. Kata Neelofa dia sudah menghantar sepucuk surat kepada Presiden Seniman Zed Zaidi mengenai syarat syarat yang perlu Anzalna penuhi. Payah jugak ye nak bermaaf-maafan pun. Kalau orang dah nak meminta maaf secara terbuka apa salahnya terima juga secara terbuka.

Kata Neelofa lagi dia mahu Anzalna memohon maaf secara rela tanpa paksaan, dan kalau orang yang menerima maaf pun ada syarat, rela jugak ke memaafkan kan orang? perkara senang nak dipayah payahkan dan dirumitkan..alahaiii

Syarat syarat yang Anzalna perlu patuhi tidak didedahkan

Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.

Beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

“Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.

“Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula,”

Neelofa rancang adakan sidang media lagi Ahad ini

“Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.

“Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad,”

sumber: mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Neelofa Terima Maaf Anzalna Dengan Syarat”

  1. titan says:

    tak habis lagi cite diorang ni??
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 6

  2. akubiomed says:

    Eloklah berdamai.
    akubiomed recently posted..Aksi adik beradik Koning didalam kereta

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold