Mukhriz – Pemberian BR1M Kedua Kerajaan Perlu Hati-Hati

Kerajaan perlu berhati-hati dalam meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua kerana ada pihak tertentu telah menyalahtafsirkan dan memutarbelitkan pemberian bantuan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau bersetuju jika bantuan itu diteruskan untuk kali kedua, namun kerajaan perlu berhati-hati supaya pemberian itu tidak disalahertikan.

“Pandangan saya, saya rasa kalau ada keperluan (dengan memberi BR1M kali kedua) kita cuba usaha untuk memenuhi keperluan itu tetapi kita perlu berhati-hati kerana niat yang baik itu mudah disalah erti dan sudah tentu akan ada pihak lain yang akan menuduh macam-macam kononnya ini digunakan sebagai umpan untuk pilihan raya.

“Kita cuma melaksanakan saja. Niat itu tidak langsung mempunyai sebarang niat selain daripada meringankan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ekonomi Jerlun di di sini, Sabtu.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemberian BR1M itu bukanlah satu pembaziran kerana setiap orang yang menerima wang itu akan menggunakannya untuk membeli keperluan harian.

“Setiap kali mereka berbelanja, peniaga meraih keuntungan dan peniaga itu akan membayar cukai kepada kerajaan dan ia langsung tidak merugikan kerajaan kerana kitaran belanja itu akan dikenakan cukai jualan dan cukai pendapatan.

“Jadi duit itu akhirnya dikembalikan kepada kerajaan dan tujuannya adalah untuk merangsang ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata di kawasannya iaitu Parlimen Jerlun, lebih 250,000 isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 telah menerima BR1M dan itu menunjukkan dengan pendapatan sebanyak itu, agak sukar untuk menyara hidup. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mukhriz – Pemberian BR1M Kedua Kerajaan Perlu Hati-Hati”

  1. akubiomed says:

    Ada impak positif dan negatif pemberian br1m ini.
    akubiomed recently posted..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold