Mufti Perak Tegur Konsert K POP di Himpunan Sejuta Belia

Konsert K pop antara hiburan sajian diimport khas untuk himpunan Sejuta Belia disamping persembahan artis artis tempatan. Memang ada rancangan keagamaan lain di himpunan Sejuta Belia tu, tetapi acara K pop antara selingan yang rasanya tak patut ada di dalam himpunan sejuta belia.

Dalam petikan berita Sinar Harian bertajuk Mufti Perak tegur konsert K-Pop:

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.

 

Konsert K Pop di himpunan Sejuta Belia

 

 

Sekarang ada  pula blog blog  parti politik  telah mendedahkah kos perbelanjaan yang dibayar kepada kumpulan K Pop ni dikatakan melebihi bayaran dari artis tempatan. Namun belum dipastikan kebenarannya.

Isu bayaran besar bernilai jutaan ringgit untuk kumpulan K POP yang melebihi bayaran artis tempatan:

Seniman yang sekarang diterajui oleh Zed Zaidi yang tengah aktif membela nasib artis tempatan, mungkin Zed Zaidi nak siasat sama ada benar atau tak seperti yang didakwa oleh blog blog berkenaan. Jika betul lah perkara ni benar benar berlaku, memang merugikan kerana banyak wang sudah dibazirkan kepada acara yang tak memberikan faedah langsung.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Mufti Perak Tegur Konsert K POP di Himpunan Sejuta Belia”

  1. MDHAFiZ.NET says:

    Peminat K-pop xnak komen ker?? hehehe.. .
    Saya bukan peminat K-pop.. . sy layan nasyid je.. .
    syok sendiri dgr k-pop mcm tahu apa yg dorang nyanyikan.. :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia Vs Philipines (International Friendly Match 2012)

  2. hatiputera says:

    saya bukan peminat k-pop dan tak bagaimana rentak k-pop tu,,,semoga semua yang berlaku tu jadi pengajaran dan pembelajaran.
    hatiputera recently posted..TOP COMMENTATOR LELAKI KACAK MEI

  3. APAN says:

    menarik belia dngn menggunakan unsur2 yg kurang enak…mengambil kesempatan sebenarnya. last, kena kutuk. padan muka…

    masuk akal la dorang kena bayar lebih. da nama dorang artis luar, mesti la dorang lagi femes sebab dijemput buat persembahan kat sini…nak terbang lagi…padan muka kpd mereka semua. haha…
    APAN recently posted..Hukum Cukur Bulu Dada

  4. titan says:

    emm..harap lepas ni takde berulang lagi..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 4

  5. Mohd Ilham says:

    HAHA…. go.go. spender-pop muahahahha
    Mohd Ilham recently posted..Panduan buat blog percuma di blogger

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold