Memey Suhaiza Mengandung 6 Minggu

Tahniah buat Memey dan juga Norman Hakim, bakal mendapat cahaya mata..Memey Suhaiza mengesahkan yang dia kini sudah hamil 6 minggu. Memey menangis gembira dan hampir tak percaya apabila mendapat tahu yang dia mengandung.
Dipetik dari mediahiburan.karangkraf, Memey membuat ujian kehamilan semalam dan mendapati ujian positif,  dia tidak mengalami sebarang alahan setakat ini.

“Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

“Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,”

“Sejujurnya, bila keputusannya positif, Memey tak percaya dan bagi mendapatkan kepastian, kami pergi ke klinik dan doktor memang mengesahkan Memey hamil.

“abang Norman, dia gembira sangat dengan berita ini. Anak-anak pun seronok sebab mereka nak dapat adik,”

Norman risau kesihatan Memey

“Sejak kebelakangan ini Memey sangat sibuk dengan penggambaran drama. Memey dah tandatangani kontrak dan mempunyai komitmen sehingga hujung Julai depan. Abang Norman risau juga dengan keadaan Memey dan dia selalu ingatkan Memey supaya makan ubat. Dia juga pesan kepada kru produksi supaya tolong jaga dan tengokkan Memey di set,”

Memey dijangka akan melahirkan anak pada Februari tahun depan. Nampaknya anak Memey dan Norman Hakim akan sebaya lah dengan anak Fashsa Sandha dan Jejai, usia kandungan Fasha pun 6 minggu :)

 

Gambar terbaru Fasha Sandha lepas kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Memey Suhaiza Mengandung 6 Minggu”

  1. hatiputera says:

    alhamdulillah,,semoga dengan kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
    hatiputera recently posted..Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia

  2. tahniah.. anak adalah rezeki & Anugerah.. Jd hargailah rezeki & Anugerah Allah itu.
    lekatlekitgurl recently posted..NAK TUNJUK ISLAMIK PUN BERPADA PADA

  3. Juan says:

    terbaiklah, terus menjadi, tahniah
    Juan recently posted..Cik Ika Yang Pandai Main

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold