Maya Karin Dilihat Mesra Dengan Seorang VIP Bergelar Datuk

Terbaru pelakon Maya Karin dilihat mesra dengan seorang vip berstatus Datuk yang merupakan cucu seorang ahli perniagaan ternama di sebuah majlis makan malam Rabu lalu. Menurut laporan mstar online, gambar mesra Maya Karin dan vip itu sempat dirakamkan oleh jurugambar M. Azhar Arif.

Maya Karin diminta mengulas dakwaan yang dia sedang rapat dengan vip tersebut menafikan dia ada hubungan istimewa dengan Datuk berusia 40-an itu.

 

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,”

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold