Maher Zain Berlakon Dalam Sinetron Insyaallah di Indonesia

Penyanyi Maher Zain yang terkenal dengan lagu berunsurkan islamik dan dakwah ini akan mencuba pula dalam bidang lakonan. Maher Zain berlakon dalam satu sinetron khas untuk bulan Ramadhan di Indonesia bukan diĀ  Malaysia ye. Tajuk sinetron tu ialah Insyaallah dan akan ditayangkan di SCTV.

Maher Zain akan memegang watak sebagai dirinya sendiri dan berlakon bersama rakan duetnya artis dari kumpulan Padi , Fadly. Cerita dalam Insyaallah ini sarat dengan unsur dakwah dan nasihat untuk menjadi muslim yang baik.

Maher Zain sudah sikit sebanyak belajar tentang seni lakonan, dan dia meminta supaya jika berlakon dengan wanita bukan muhrim, biar dilakonkan dengan cara yang betul.

 

Demi menghabiskan masa shooting di Indonesia, Maher Zain sudah tinggal di sana selama hampir sebulan. Bila agaknya Maher Zain nak dijemput berlakon di Malaysia pula ye?

 

Zed Zaidi jangan pulak halang Maher Zain kalau dia nak berlakon drama islamik di sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Maher Zain Berlakon Dalam Sinetron Insyaallah di Indonesia”

  1. MDHAFiZ.NET says:

    Memang Indonesia terkenal dengan Sinetron Islamik mahupun movie Islamic yang mampu menyentuh kalbu penonton yang menghayatinya.. .

    Tahniah Indonesia.. .

    Maher Zain nanti bila balik ke negeri asal konfirm boleh cakap indonesia fasih. . mana tak nya sudah kebiasaan di Indonesia dr artis sehingga ke pemain sepak bola warganegara asing, tak sampai setahun dua dah pandai cakap indonesia walaupun ada slang sikit.. .berbeza suasananya di negara kita. .. terlalu agung Bahasa Asing.. sampai nak tiru gaya org asing, makan makanan org asing.. dan segala yg ada pada mereka. .sebagai contoh K-pop.. Tak perlu lah tekasub sangat dgn sesuatu yg bukan dtg dr budaya kita. ..
    MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia Vs Singapore 2012 (International Friendly Match)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold