Lisa Surihani dan Yusry Suara Untuk Watak The Smurfs

Filem The Smurfs akan datang di saluran HBO 411 dan HBO HD  pada  Ogos 2012, filem ini ada dialih bahasa ke dalam bahasa melayu. Antara artis tempatan yang digunakan suara mereka untuk watak orang biru The Smurfs ni ialah Lisa Surihani dan Yusry, tak ketinggalan artis lain seperti Hafiz AF, dan Elfira Loy.

 

The Smurfs ialah kisah orang kerdil warna biru yang cute miut  ni diketuai oleh Papa Smurf. The Smurfs hasil ciptaan Pierre Culliford seorang warga Belgium pada tahun 1958 terkenal hingga ke hari ini. Papa Smurfs dikenali dengan baju merahnya dan janggut panjang , ada kebolehan membuat magik.

Smurfette adalah watak wanita dalam cerita ni yang berambut panjang yang nak perangkap Smurfs tapi akhirnya dia menjadi ahli smurfs.

Watak Brainy Smurf pula ialah watak yang perasan dia tu bijak dan mengganggap dialah orang kanan Papa Smurf. Dia selalu beri idea yang bermacam macam yg akhirnya menimbulkan masalah.

Watak Smurf yg lain : Barber Smurf, Cobbler Smurf, Jokey Smurf, Grouchy Smurf, Dreamy Smurf, Greedy Smurf, Vanity Smurf, Handy Smurf

Lisa Surihani akan beri suara untuk watak Smurfette dan suara Yusry untuk Brainy Smurf.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Lisa Surihani dan Yusry Suara Untuk Watak The Smurfs”

  1. akubiomed says:

    Wah menarik suara artis tempatan digunakan didalam filem Smurf ini.
    akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai Klebang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold