Kouta Haji Malaysia Tidak Terjejas

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al Faisal baru-baru ini memberi gambaran positif bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah pada 26 April lepas.

Beliau berkata pada pertemuan itu, beliau telah menerangkan tentang perkara sebenar berhubung kejadian perhimpunan itu yang bukan menjadi amalan budaya rakyat di negara ini.

“Pertemuan itu menunjukkan perkhabaran positif dan saya percaya melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Raja Arab Saudi (Raja Abdullah) dan hubungan akrab saya dengan Menteri Luar Arab Saudi kuota (haji) tidak terjejas.

“Mereka juga mahu jaminan perkara itu (perhimpunan) tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam bersama pesara kerajaan di kawasan Parlimen Kimanis di sini, Sabtu malam.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lepas.

sumber – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold