Khairy Jamaludin: PTPTN Tak Wajar Sekat Pelajar Unisel

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

“Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

“Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

“Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.

Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

“Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

“Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir,” kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.

Dipeti dari: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Khairy Jamaludin: PTPTN Tak Wajar Sekat Pelajar Unisel”

  1. akubiomed says:

    Saya berpendapat adalah tidak wajar menyekat PTPN untuk mahasiswa Unisel hanya kerana perselisihan fahaman politik. Tindakan tersebut umpama budak-budak dan tidak matang.
    akubiomed recently posted..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold