Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Oasis 106

Ustaz Azhar Idrus akan keudara di saluran Astro Oasis 106 dalam rancangan baru diberi nama Kemah Keming.  Bertambah terkenal dan popular lah UAI lepas ni ye, masuk Astro pulak :).  Emm apa maksud kemah keming ni ye, saya orang utara jadi tak berapa tau la,

Ustaz Azhar Idrus dikatakan menjadi fenomena dan berjaya menarik minat anak -anak muda, hinggakan ada juga mat rempit yang suka dan minat dengar ceramah UAI, jadi tindakan Astro menjemput UAI dalam rancangan khas ni pasti akan dapat menarik lebih ramai lagi golongan muda mudi.

Kemah keming ni akan keudara pada 3hb Julai 2012 jam 7.30 malam, setiap hari Selasa , Rabu dan Khamis. Kenapa jam 7.30 malam pulak, waktu tu orang nak solat Maghrib, bila masa nak dengar dan tengok rancangan tu. Tak da masa yang lebih sesuai ke nak keudarakan rancangan ni? Minta minta Astro prihatin lah sikit dengan masa tayangan.

Apa maksud kemah keming ni? hasil carian google, kemah keming ni bahasa orang Terengganu. Keming tu maknanya ‘mantap” dan selalu diletakkan dengan perkataan kemas=kemah. Kalau salah minta orang ganu kiter perbetulkan ye hehe..

 

p/s: astro tak nak jemput Ustazah Mashitah sekali ke ?

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

2 Responses to “Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Oasis 106”

  1. it’s okay pukul brapa pun, bleh jadikan rancangan ni sbg kuliah maghrib. :)

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold