Johan Asari Jadi Samseng Lagi Bercinta dengan Siti Saleha Dalam Pencinta

Johan Asari akan berlakon dalam sebuah filem bertajuk Pencinta yang diarahkan oleh Khir Rahman. Johan 26, akan bergandingan dengan Siti Saleha pulak dalam filem ni, mereka jadi pasangan yang bercinta. Johan diberi lagi watak sebagai samseng dan berubah menjadi baik selepas kematian ibunya. Dalam cerita ni Johan sebagai watak Amir dan Siti Saleha sebagai Aishah mengenai kisah percintaan yang ada penghalang, keluarga Aishah mahu dia dikahwinkan dengan Boy watak dilakonkan oleh Sein Ruffedge.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam Pencinta ialah Miera Liyana, Faizal Hussein, Miera Liyana, Azhan Rani, dan Iedil Putra.

Kata pengarah dia buat filem Pencinta dengan berdasarkan apa peminat suka..emmm kalau asyik asyik Johan jadi samseng manalah kepelbagaian watak untuk Johan takut sama je lakonan nya macam Botak Juvana dan Cinta Elysa :)

dari jalan ceritanya macam biasa aje dipaparkan di kaca tv, kisah percinta yang terhalang dan perbezaan darjat antara miskin dan kaya..apa apa pun tengoklah nanti apa hasil filem ni ye.

Apa kata Johan pula..

“Setakat ini saya sudah membintangi tiga buah filem, ‘Juvana’ serta ‘Tokan’ dan ‘Pencinta’ merupakan filem pertama saya sebagai teraju utama. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana diberi kepercayaan untuk membawa watak hero dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk menjayakan watak yang diberi,” ujar Johan ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Pencinta’, baru-baru ini.

“Saya memegang watak sebagai Amir, bekas anggota kumpulan samseng yang kini mula berubah selepas kematian ibunya. Selepas buat ‘Pencinta’, baru saya tahu yang nak bawa watak utama bukan mudah. Bagi saya, ia satu cabaran yang berbeza antara filem dan drama.”

Berkongsi mengenai cabarannya, Johan memberitahu, “Cabaran dalam filem ini mula-mula ringan, namun makin lama makin berat. Saya kena berlakon babak cinta di mana saya perlu keluarkan emosi saya. Saya juga perlu melakukan babak aksi dan ini kali pertama saya bergaduh beramai-ramai.

“Saya perlu berlawan dengan lapan orang seorang diri dan selepas lakukan babak itu, badan saya mengalami luka. Malah, bila buat ‘Pencinta’, baru saya dapat rasa nikmat berlakon dan tidak dinafikan, makin lama dalam industri, makin susah saya rasa berlakon ini,”

“Saya rasa sangat gembira dapat bekerja di bawah arahan Khir. Dia bagi saya satu semangat serta keyakinan dan saya hargai setiap yang diajar oleh beliau. Khir ajar saya dari watak kecil sehinggalah besar dan beliau buat watak saya berbeza sekali. Selepas ini, saya akan rindu dengan pengarahan beliau.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Johan Asari Jadi Samseng Lagi Bercinta dengan Siti Saleha Dalam Pencinta”

  1. titan says:

    dia leh gi jauh.
    titan recently posted..Malaysia lebih kacak dari Singapura

  2. akubiomed says:

    Kalau sudah nama artis tidak lari daripada gossip menghangat untuk orang menonton. :-)
    akubiomed recently posted..Abang Ensem di Mata Aku

  3. nurmisnan says:

    Johan ni kalau jadi samseng memang kena jer..
    Heroin baru dia si Saleha ni kira kena ler jugak..
    Gd luck
    nurmisnan recently posted..Marilah menanam tanaman di Syurga pula

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold