Jimmy Shanley dan Suhaila Tak Setuju Syarat Hak Penjagaan Anak

Masih lagi berita mengenai kes rumahtangga pengacara Jimmy Shanley dan Suhaila. Jimmy dan Suhaila dikurniakan anak perempuan bernama Zahrah yang lahir pada 24 Jun 2011. Kedua dua mereka masih tidak dapat membuat persetujuan mengenai hak penjagaan anak.

Perbicaraan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap anak tunggal pasangan suami isteri itu, Zahrah Shanley, 11 bulan yang dituntut oleh Nursuhaila ditangguhkan hingga Ogos 2012.

petikan berita dari Kosmo

Pada prosiding semalam, peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tawaran plaintif (Nursuhaila) pada Jumaat lepas apabila mencadangkan Jimmy hanya boleh melawat anak perempuan mereka tetapi tidak boleh bermalam.

Malah, Jimmy katanya tidak bersetuju dengan cadangan agar lawatan itu pula hanya boleh dilakukan di rumah Nursuhaila dan anak mereka tidak boleh dibawa keluar dari kawasan rumah tersebut.

“Pada prosiding yang lepas bersetuju untuk menjaga anak secara bersama bergilir setiap minggu tetapi apabila kami tunggu surat, dia kata mahu bincang dengan ahli keluarga lain.

“Namun selepas puas menunggu, 22 Mei lalu kita hantar surat memberi cadangan supaya seminggu itu pecah kepada dua iaitu Isnin Selasa, Rabu atau Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad tetapi baru menerima cadangan baharu tadi pada Jumaat lepas,” katanya di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man di sini semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Jimmy Shanley dan Suhaila Tak Setuju Syarat Hak Penjagaan Anak”

  1. Juan says:

    sangat sangat x faham akan kes mereka, pening
    Juan recently posted..Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold