Jerebu Di Malaysia Akibat Kebakaran Hutan di Sumatera

Jerebu makin ketara di bahagian utara hari ini berbanding semalam, tahap jerebu masih dianggap sihat oleh IPU. Cuaca pula agak panas sekarang di Kedah ni. Malaysiakini melaporkan, Jerebu melanda tanahair semakin buruk, 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini berbanding 10 kawasan petang semalam berikutan keadaan angin yang tidak menentu.

Selangor mencatat IPU tinggi ialah Kuala Selangor (181), Country Heights, Kajang (158), Shah Alam (145), Petaling Jaya (139), Pelabuhan Klang (131) dan Gombak (127).

Kawasan lain terdiri dari dua kawasan di Melaka iaitu Bukit Rambai (131) dan Bandaraya Melaka (110), serta S K Jalan Pegoh, Ipoh (113).

Jerebu di Malaysia ialah kerana tiupan angin dari selatan dan tenggara terus membawa jerebu ke rantau ini daripada punca-punca di selatan Sumatera dan Kalimantan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaan bertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan ini akan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.

sumber : Bernama dan mstar online

 

Jerebu dan Panduan Kesihatan

Antara golongan yang berisiko tinggi yang mendapat kesan dari jerebu ialah golongan :

kanak-kanak

orang tua

Mereka yang mengalami penyakit

  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan

Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

 

Tanda dan gejala

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

sumber : http://www.moh.gov.my/

 GAMBAR hutan terbakar dan gambar satelit keadaan  jerebu

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Jerebu Di Malaysia Akibat Kebakaran Hutan di Sumatera”

  1. akubiomed says:

    Mesti ada tindakan jangka masa panjang untuk menangani masalah jerebu ini.
    akubiomed recently posted..No Posts Were Found!

  2. Juan says:

    memang tengah jerebu skrg nih
    Juan recently posted..Google Adsense Earnings Hari ini 2012

  3. APAN says:

    jeremu yg penah berlaku sebelum ni pun ada yg disebabkan kebakaran hutan di indonesia…harap pihak berkuasa sana bijak bertindak la padam api kat sana…
    APAN recently posted..Video Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold