Izara Aishah Nasihatkan Anzalna dan Neelofa Berhenti Bergaduh

Izara Aishah 20, pelakon Vanila Coklat ni pun sama sama masuk pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 sama dengan 2 orang rakannya yang ada perselisihan faham sekarang iaitu Neelofa dan Anzalna. Sebagai rakan mereka, Izara menasihatkan pada kedua-duanya supaya hentikan perselisihan mengenai hal yang remeh dan tumpukan pada kerjaya.

Katanya, bukan juga niat dia untuk mencampuri urusan mereka cuma dia tak mahu mereka terus menerus bermasam muka bertengkar perkara yang remeh.

apa kata Izara Aishah,

“Mereka adalah kawan saya dan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak dan saya lebih senang buat hal sendiri.

“Namun saya berharap mereka dapat berbaik-baik kerana masing-masing sudah besar dan mempunyai nama dalam industri,”

Sementara itu, Izara berpendapat golongan artis tidak perlu menggunakan medan laman sosial seperti Twitter atau Facebook untuk menghentam orang lain atau menyatakan sesuatu yang tidak penting.

Ini kerana katanya, peminat dan masyarakat sentiasa memerhati dan menilai sikap seseorang artis yang akhirnya akan merugikan mereka.

“Twitter dan Facebook itu adalah hak mereka dan boleh buat apa sahaja yang mereka mahu tetapi fikir dahulu sebelum meletakkan sebarang status atau komen kerana ia mungkin tidak disenangi oleh orang lain,”

 

bagus ada rakan baik macam ni yang suka menasihatkan kawan..harap harap mereka bermaaf-maafan lah ye.

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Izara Aishah Nasihatkan Anzalna dan Neelofa Berhenti Bergaduh”

  1. akubiomed says:

    Elok pun tak usah gaduh-gaduh kerana tidak menguntungkan diri masing-masing.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # naik pelamin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold