Irma Hasmie Kahwin 29 Jun +Gambar Kad Kahwin Irma Hasmie

Irma Hasmie yang bertunang pada 29 Mac dengan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 akan berkahwin pada 29hb Jun ni. Kad kahwin Irma dan Reza sudah diedarkan. Majlis pernikahan Irma akan diadakan di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3 petang. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari yang sama jam 8 malam.

Gambar kad kahwin Irma

 

GAMBAR TUNANG IRMA HASMIE REZA SYAH AZMEER

Pada hari pernikahan nanti, Irma akan mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail.

Ketika ini pelakon Irma Hasmie sedang berada di tanah suci Mekah menunaikan umrah..apa kata bakal pengantin ni :)

“Saya sampai di Madinah pada 8 Jun lepas. Sekarang saya dalam perjalanan ke Mekah dan dijadualkan pulang ke tanahair pada 20 Jun ini. Buat masa ini segala aktiviti seni saya hentikan sebentar bagi memberi laluan untuk saya mengerjakan umrah dan membuat persiapan akhir.

“Alhamdulillah, persiapan akhir dari segi fizikal semuanya sudah saya usahakan mana yang terdaya sebelum berangkat ke Madinah. Manakala yang lain kedua-dua belah pihak dan tunang saya akan bantu.

“Kahwin adalah satu fitrah manusia dan sebagai khalifah juga hamba Allah kita kena memahami apa itu perkahwinan. Biar niat kita kerana Allah dan yang penting bukan persiapan perkahwinan semata tetapi kehidupan apabila berumahtangga adalah untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan daripadaNya.

“Saya juga bersyukur kerana ada satu team yang dikumpulkan dan rakan-rakan produksi bagi membantu melancarkan persiapan terakhir, Alhamdulillah,”

Pertemuan jodoh dengan Reza.

“Saya bukan memilih Reza tetapi Allah yang mempertemukan kami di Mekah. Subhanallah, saya sangat bersyukur kerana anugerah yang diberikanNya ini dan keluarga Reza juga dapat menerima saya seadanya lalu merisik saya,”

 

Gambar perkahwinan Irma Hasmie dan hantaran

Wang hantaran Irma Hasmie 33,333.33 satu kejutan dari Redza

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Irma Hasmie Kahwin 29 Jun +Gambar Kad Kahwin Irma Hasmie”

  1. akubiomed says:

    Selamat kepada bakal pengantin baru ini.
    akubiomed recently posted..Applikasi Instagram for Chrome untuk peminat tegar kini di Chrome

  2. titan says:

    eloklah tu. kahwin cepat lagi bagus.
    titan recently posted..Download 3GP Gadis bertudung

  3. ProfHariz says:

    Senyap2 dah nak kahwin rupanya :)
    ProfHariz recently posted..JUARA EURO 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold