Ibu Shila Amzah Tegur Sharnaaz Ahmad Terpegang Tangan Anaknya

Apa pula kisah pasangan tengah hangat dilamun cinta Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah ni, selalu di ruangan hiburan menceritakan kalau Shila dan Sharnaaz keluar berdating mesti ibu Shila Amzah ada teman. Kata Sharnaaz dia langsung tak kekok apabila selalu ditemani oleh ibu Shila Amzah.

“Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan. Malahan kalau ada ibu Shila nanti boleh ditegur kalau ada yang tak manis dibuat oleh mereka berdua.

Kata Sharnaaz lagi, dia ada terpegang tangan Shila masa berdating dan terus ditegur oleh ibu Shila Amzah.

Bagus tu bagus lah teman diorang dating, tapi setakat mana lah boleh teman kan :)

Gambar ni Sharnaaz terpegang jugak kot tangan Shila

kata Sharnaaz

“Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.

“Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik,”

yang ni Sharnaaz terpeluk pulak Shila Amzah :) banyak ter ter ter pulak…

Gambar mesra Sharnaaz dan Shila amzah

 

Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.

Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.

Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.

“Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.

“Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti,”

 

sumber : mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ibu Shila Amzah Tegur Sharnaaz Ahmad Terpegang Tangan Anaknya”

  1. akubiomed says:

    Eloklah ada ibu yang boleh tegur kerana didalam kemaruk cinta kadang-kadang dibutakan oleh cinta tersebut.
    akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai Klebang

  2. titan says:

    kahwin cepat. habis cerita.
    titan recently posted..Download 3GP Gadis bertudung

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold