Hanez Suraya dan Awi Rafael Mengaku Bercinta

Pengakuan dari mulut Awi Rafael dia tengah mengenal hati budi Hanez Suraya di sebuah web hiburan akhirnya membuatkan Hanez Suraya juga kini berani bercakap secara terbuka mengenai perasaan dan hubungannya dengan Awi Rafael. Hanez Suraya berkata di laman web hiburan gua.com.my, bahawa dia kini sudah 3 bulan berkawan dengan Awi penyanyi dari Singapura yg popular dengan lagu Bila ‘Aku Jatuh Cinta.’

Mulanya Hanez Suraya tidak suka dengan Awi tetapi sukakan lagu Bila ‘Aku Jatuh Cinta’, apabila Hanez terlibat dalam pembikinan video klip lagu ‘Asalkan Aku Ok’, dari situ mereka selalu berhubung dan menjadi rapat.

“Sebelum ini bukan nak nafi atau sorok, tapi saya ini perempuan. Bila Awi dah mengaku, saya pun dah tak ada nak sorok apa lagi,”

“Kami dah tiga bulan berkawan. Alhamdulillah, perhubungan kami berjalan lancar dan keluarga masing-masing pun okay dengan perhubungan ini. Tidak dinafikan kami ada juga bercakap tentang tahap perhubungan seterusnya, namun buat masa ini, kami mahu fokus terhadap kerjaya dulu. Saya percaya jika ada jodoh, tak ke mana. Apapun, saya serah pada pihak lelaki.

“Kami dah tiga bulan berkawan. Alhamdulillah, perhubungan kami berjalan lancar dan keluarga masing-masing pun okay dengan perhubungan ini. Tidak dinafikan kami ada juga bercakap tentang tahap perhubungan seterusnya, namun buat masa ini, kami mahu fokus terhadap kerjaya dulu. Saya percaya jika ada jodoh, tak ke mana. Apapun, saya serah pada pihak lelaki.”

Awi dendangkan lagu untuk Hanez sebelum tidur

Hanez cerita dia sering menerima nota suara berupa lagu mahupun nyanyian daripada Awi sebelum tidur.

“Keluarga masing-masing pun mengetahui hubungan kami. Saya sendiri pun sudah bertemu dengan ibunya. Dia melayan saya dengan penuh teliti daripada A hingga Z termasuklah dalam soal makan minum. Pendek kata, dia ‘memantau’ keselamatan diri saya.

“Dialah yang selalu bertanyakan perihal saya sudah makan atau belum. Dia sangat menitikberatkan soal kesihatan hingga sanggup membeli vitamin untuk saya. Malah, dia sanggup memastikan saya selamat sampai di rumah selepas selesai menjalani penggambaran dengan kemudahan alat telekomunikasi,”

Awi Rafael berselisih faham dengan Hanez Suraya

“Tidak dinafikan, kami ada juga berselisihan faham, maklumlah waktu shooting Hanez tak tentu masa, kadang-kadang dari pagi sampai malam. Nak kata gaduh, tak gaduh, cuma dia tak faham jadual pelakon ini macam mana tapi kami tengah cuba untuk mengatasi masalah ini.”

 

Baru 3 bulan berkasih sayang, baru lagi…tak kan nak gaduh gaduh…   :)

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold