Gangguan Lebuhraya Sentosa/Jalan Presint 8 Hingga 14 November

Sebahagian laluan Lebuhraya Sentosa/Jalan Presint 8 termasuk susur keluar Maju Expressway (MEX) ke Lebuhraya Sentosa/Presint 8 yang mengalami beberapa gangguan berikutan kerja pembinaan jambatan sejak 18 Mei lalu dijangka berlarutan sehingga 14 November depan.

Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Cypark Resources Berhad, Jilani Jais berkata, beberapa gangguan aliran trafik seperti lencongan, laluan kontra dan penutupan jalan di kedua-dua hala dilakukan secara berkala sepanjang tempoh pembinaan itu.

“Gangguan ini berikutan kerja pembinaan jambatan merentasi Lebuhraya Sentosa dari Institut Kanser Negara bagi melengkapkan projek pembinaan berterusan di Putrajaya

“Gangguan trafik ini dilaksanakan selama enam bulan. Justeru, kami meminta supaya pengguna lebuh raya mematuhi isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan, sekali gus mengelakkan sebarang kekeliruan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jilani berkata, sebarang kesulitan yang timbul berikutan kerja pembinaan itu amat dikesali dan orang ramai yang menghadapi sebarang kemusykilan serta pertanyaan boleh menghubungi pihaknya yang juga kontraktor utama projek pembinaan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold