Gambar Wan Aishah Pewaris Mahsuri Terkini

Masih ingatkah lagi dengan kisah anak gadis yang bernama Wan Aishah yang didakwa sebagai pewaris ketujuh Mahsuri? Wan Aishah kini sudah mendirikan rumahtangga  dengan seorang pemuda bernama Alee Tongyon, seorang usahawan muda dalam industri pelancongan. Wan Aishah dan Alee berkenalan semasa Aishah melanjutkan pelajaran di universiti.

Gambar terkini Wan Aishah

Wan Aishah dan Alee

dari beautifulnara

 

 

Lagi gambar Wan Aishah

 

 

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Genealogi

Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra Yayee

bunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri

kisah Aishah dulu

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia. Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Wan Aishah Pewaris Mahsuri Terkini”

  1. rizz says:

    lama tak dengar pasal mahsuri langkawi
    rizz recently posted..Jalan-Jalan Singgah Makan: Mee Rebus Ramli (Ipoh)

  2. Amirez says:

    alhamdulillah. dah kawen dah wan aishah.
    Amirez recently posted..Hentam Sajalah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold