Gambar Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp

Nurul Wahab,35,selamat diijabkabulkan dengan Eric Depp semalam 6 Jun di Dutches Place, Jalan Ampang. Eric Depp 47 atau nama Islamnya Eric Daniel Depp, dengan sekali lafaz sah menjadi suami kepada Nurul. Nurul menerima wang hantaran sebanyak Euro 5000 atau RM20,000 beserta 5 dulang hantaran lima seperti, produk kecantikan, pewangi berjenama Cier, seutas jam tangan Korloff, seutas rantai mutiara serta mas kahwin.

Pengantin perempuan membalas dengan 7 dulang daripada pihak perempuan untuk pengantin lelaki berupa tepak sirih, manisan, produk kecantikan, senaskah Al-Quran dan Tafsir, kasut berjenama Pedro, kain songket dan sejadah.

 

Nurul Wahab mengenakan pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini manakala Eric berkot hitam rekaan Bon Zainal. Majlis perkahwinan Nurul dan Eric dilangsungkan dalam 3 bahasa iaiatu bahasa Melayu, bahasa inggeris dan Perancis. Tetamu yang hadir kira-kira 200 orang. Turut hadir ialah keluarga terdekat, teman teman dan rakan media.

Bagaimanapun pasangan ini tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada minggu depan.
Gambar di majlis pernikahan Nurul dan Eric

 

 

 

 

 

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Gambar Perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp”

  1. khaz says:

    amboi kebaratan sungguh ye majlis, pakaian tetamu pun sexy sexy gitu..alahai apa nak jadi

  2. yohana says:

    apesal gambar potong kek muka diorawng mcm pelik jer

  3. suhiney says:

    harap harap Nurul wahab dpt jaga la keislaman suaminya tu..berat tanggongjwb tu

  4. kopipanas says:

    selamat pengantin baru lah ye
    kopipanas recently posted..Pelakon Gambit Mengaku Pro Bermain Poker

  5. kakikipas says:

    herm..apa aku nak cakap.cakap pun dia bukan dengar..aku mintak dijauhi segala macam hal macam ni…aku tengok mak si eric ni lagi sopan kot..nurul2..yang baik dicontohi..yang buruk ditendangi..sekian.
    kakikipas recently posted..aku dan ralat*

  6. APAN says:

    ni nurul janda ajai dulu kan sis? ingat ke adik johny depp dah tadi :)
    APAN recently posted..Info & Jadual Perlawanan Euro 2012 Waktu Malaysia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold