Gambar Perkahwinan Irma Hasmie dan Redza

Semalam Jumaat, pelakon Irma Hasmie sah diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Syah Azmeer Mohd Redzwan. Rezda 31 dan Irma Hasmie 30 bertemu di Mekah semasa menunaikan umrah. Akad nikah diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pihak perempuan menerima 3 dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya

 

daripada pengetahuan umum.

Redza menyifatkan pertemuan jodohnya dengan Irma di Mekah adalah satu petanda baik.

“Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah.

“Cinta saya dengan Irma bermula di tempat yang suci dan hati saya terdetik apabila melihat Irma betul-betul di hadapan pintu Kaabah. Selain itu, perkenalan kami bermula antara Irma dan keluarga, jadi itu yang membuatkan saya terharu. Tidak menjadi masalah dengan perkenalan yang singkat kerana saya yakin dengan apa yang Allah bagi, insyaAllah.”

“Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.

“Alhamdulillahlah perjalanan untuk ke alam perkahwinan ini dipermudahkan,”

Redza yang bertugas sebagai Pengurus Akaun di Terrapixel Sdn Bhd berkata, dia tidak akan menghalang karier Irma asalkan dia tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri.

“Tiada apa yang akan berubah kerana saya izinkan isteri untuk terus dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara dan yakin di tahu batasan yang perlu dijaga,”

Kata Irma dia jatuh hati kerana sikap suaminya yang sabar dan penyanyang.

“Seperti mana kata suami, ketika di Mekah semuanya kelihatan mudah dan pintu hati saya benar-benar terbuka untuk menerima suami,” katanya.

Tambah Irma, dia akan memastikan jadual kerjanya selepas ini akan lebih teratur supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Pasangan tersebut memberitahu amat gembira jika Allah mengurniakan cahaya mata dengan cepat untuk mereka.

Redza harap Irma jadi bidadari dunianya

“Saya sangat selesa dengan dia. Irma seorang yang memahami dan juga penyayang. Saya harap dia akan menjadi bidadari dunia saya serta menjadi isteri yang solehah pada saya dan juga keluarga. “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana apa yang kami idamkan dah pun kecapi. InsyaAllah, saya akan cuba menjadi suami yang soleh dan saya harapkan Irma juga begitu,”

 

Irma dinikahkan oleh bapanya Hj Ibrahin Othman dengan disaksikan oleh jurunikah. Hantaran pihak lelaki kepada perempuan berjumlah 11 dulang dan pihak perempuan membalas 13 dulang.

Hantaran Irma pada Redza ialah berupa jam tangan, laptop, wangian, buah-buahan, sejadah, dompet, kurma, kek, Al Quran, sirih junjung dan cincin kahwin. Manakala Irma menerima kek, jam tangan, wangian, coklat, tas tangan, sirih junjung, wang hantaran dan cincin.

Majlis dihadiri oleh beberapa artis seperti Yatt Hamzah, Misha Omar, Diana amir. Irma anggun dengan baju pengantin rekaan Hatta Dolmat dan pakaian lelaki direka oleh Ezuwan Ismail.

Gambar sekitar majlis pernikahan Irma dan Redza Syah Azmeer

 

 

 

Baju pengantin Irma Hasmie

sumber: mstar dan gua.com.my

 

Gambar hantaran Irma Hasmie dan Redza

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Perkahwinan Irma Hasmie dan Redza”

  1. akubiomed says:

    Wah gambar ekslusif nih. :-)
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold