Gambar Norish Karman Lahirkan Anak Tersebar

Sejak tahun lalu, heboh pelakon Norish Karman melahirkan anak luar nikah dan kehilangannya berbulan-bulan itu disedari tetapi pelakon Spa Q itu menafikan hal tersebut dengan alasan dia sibuk dengan album pertamanya dan tidak mahu mengambil tahu hal gosip yang tersebar.

Sekitar Februari 2011 kehilangan Norish Karman menjadi buruan media selepas dia melakonkan teater muzikal Terima Kasih Cinta. Sejak itu pelbagai spekulasi mengenainya diperkatakan.

Melalui forum hiburan cari.com.my dan web hiburan rotikaya, seseorang telah menyebarkan gambar Norish Karman bersalin di sebuah hospital , gambar itu mendakwa  Norish melahirkan anak pada  24 September 2011 di KPJ Cheras (atau Kajang?) sekitar jam 6.13 petang. Gambar lain pula pula menunjukkan maklumat hospital yang tertulis pada tag yang di’pakai oleh si ibu (Norish Karman) dan bayi lelaki yang di’beri nama Alexander Bin Abdullah.

Sekitar tahun 2009, bekas suami Norish Karman, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir telah mendedahkan pada umum mengenai hubungan istimewa Norish dengan seorang pemuda Mohd Luqman Hakim:

petikan dari mstar online

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dilakukan.

“Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah tanpa izin saya.

“Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah dengan perkara di luar hukum syarak.

“Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan untuk ‘coverline’. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta.”

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan ‘luar biasa’ itu.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/1/mstar_hiburan/20090430215202&sec=mstar_hiburan

 

Komen Norish Karman dalam petikan di mstar sebelum ini mengani kehilangan beliau,

“Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

“Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

“Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja,”

 

komen di gua.com.my pada mac 2012

“Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawaii atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya.”

 

Kita tunggu saja penjelasan dari pelakon Norish Karman mengenai gambar dia bersalin ini sama ada benar atau hanya gambar lama. Pastinya Norish Karman akan menjadi buruan wartawan untuk meminta penjelasan dari beliau.
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Norish Karman Lahirkan Anak Tersebar”

  1. sufi anja says:

    alhamdulilah sekurang2nya ank yang bernama Alexender Bin Abdullah dapat melihat dunia w’pun org gelar dia ank luar nikah..renung2kan lah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold