(Gambar) Musim Kering Di Sumatera Meningkatkan Risiko Hutan Terbakar

Musim kering di Sumatera setiap tahun yang berlaku antara bulan Mei hingga September menjadikan risiko untuk berlaku kebakaran hutan meningkat dan merebak dengan cepat. Laporan dari NASA menunjukkan imej kawasan Sumatera yang terbakar dan kelihatan asap bergerak ke arah Semenanjung Malaysia.

Gambar diambil dari satelit Aqua pada 6:45 UTC (13:45 Waktu Indonesia Barat) 13 Jun

Kelihatan gumpalan asapa bergerak ke arah timur laut menyeberangi Selat Melaka dan ke arah Semenanjung  Malaysia,  asap mengaburkan tanah berhampiran sempadan Thailand (utara) dan Malaysia (selatan). Di sebelah barat, udara di atas Lautan Hindi juga diselubungi  dengan jerebu dan asap.

 

Gambar hutan terbakar di Sumatera

 

The New York Times melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Puan Halimah Hassan berkata amaran telah diberikan yang keadaan jerebu akan berlarutan hingga September ini kerana musim kering di Sumatera dan tidak menolak indeks pencemaran udara yang tidak sihat  berpunca dari hutan yang terbakar.

Dari sumber lain, jerebu berlaku kerana ada pembakaran secara terbuka untuk memusnahkan pokok pokon tua di ladang kelapa sawit untuk penanaman pokok yang baru.

 

 Langkah langkah keselamatan mencegah penyakit akibat jerebu

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold