Gambar Fahrin Ahmad Jadi Pegawai TLDM Dalam Telemovie Rentas Samudera

Segak bergaya je gambar pelakon pelakon telemovie Rentas Samudera yang bakal ditayangkan di tv tak lama lagi. Rentas Samudera diarahkan oleh Aziz M Osman dan membariskan pelakon seperti  seperti Fahrin Ahmad sebagai Komander Saiful seorang pegawai tinggi kapal KD Pahang, Julia Ziegler, Nur Fathia, Syatilla Melvin, Lan Pet pet, Qazim Nor dan Iz Hirzi.

Pengambaran telah dibuat pada 11 Jun lalu dan tamat pada 18 Jun. Saluran tv mana belum dapat dipastikan lagi.Selalu kita lihat drama bercorak kepolisan diarahkah oleh Datuk Yusof Haslam, kali ni kita lihat pula pelakon pelakon menjayakan watak sebagai anggota TLDM bertugas dan mengawasi perairan negara dan bagaimana mereka membawa peranan seperti anggota TLDM di dalam dunia realiti memastikan keselamatan kapal dan negara.

Semua pelakon berasa bangga dan seronok membawa peranan sebagai tentera laut, kerana ia merupakan pengalaman yang baru dan amat berharga. Pastinya drama Rentas samudera ini akan menghiburkan dengan kisah kehidupan, disisip sikit lawak jenaka dengan watak seperti Lan Pet pet di samping membawa penonton ke dunia kehidupan tentera laut.

Gambar Fahrin Ahmad sebagai Komander Saiful

 

 

Segak bergaya gambar Nur Fathia dan Julia Ziegler sebagai anggota TLDM

Pendatang baru dalam cerita ni Syatilla Melvin bekas dewi remaja 2010 (bertudung)
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Gambar Fahrin Ahmad Jadi Pegawai TLDM Dalam Telemovie Rentas Samudera”

  1. aniza says:

    hensem sangat Abg Fahrin, mesti best drama ni

  2. eiela says:

    baju TLDM lawa
    eiela recently posted..Nona Serikaya Keluarga Annonaceae

  3. Juan says:

    nampak garang jer pegang senapang, hehe
    Juan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati

  4. akubiomed says:

    Wah kelihatan macho disebalik pakaian seragam.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Hak golongan OKU

  5. ProfHariz says:

    Bertambah kacak la fahrin ni ye kak :)
    ProfHariz recently posted..Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital Kerajaan

  6. Mahadhir says:

    InsyaAllah akan memulakan penggambaran 52 episod pada bulan Sep 12.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold