Fizz Fairuz dan Tasha Shilla Ajak Peminat Melancong Ke Eropah

Eropah adalah salah satu destinasi pelancongan yang amat menarik untuk dikunjungi. Air France KLM telah menawarkan pakej melancong dengan selebriti pilihan iaitu pelakon Fizz Fairuz dan Tasha Shilla. Bertuahnya kedua selebriti ini dapat pergi bercuti dengan peminat peminat. Seramai 30 peminat akan dipilih menyertai selebriti melancong ke beberapa tempat seperti Belgium, Belanda serta Amsterdam.

Lawatan ke Eropahitu  ialah pada 10 hingga 18 September depan dengan pakej yang sangat berpatutan.

Pakej jejalah Eropah selama lapan hari bersama Fizz Fairuz dan Tasha Shilla boleh didapati pada harga RM8,830, termasuk kos penerbangan pergi balik bersama Air France KLM, penginapan, makan minun dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong.

Tasha Shilla dan Fizz Fairuz akan di bawa menaiki bot melalui beberapa terusan popular di Amsterdam selain menikmati keenakan keju dan menyarungkan kasut terompah Belanda di Zaanse Schans iaitu lokasi paling ikonik di Belanda.

Selain itu, mereka turut dibawa menjelajah ke tempat-tempat yang menjadi tarikan utama termasuklah The Hague, Grand Palace dan Manneken-Pis.

Menurut Pengurus Negara Air France-KLM, Estee Ng, ini adalah projek pertama yang membabitkan percutian bersama selebriti. Destinasi Amsterdam juga dipilih kerana ia umpama nadi kepada Eropah dan amat rugi untuk tidak melawat tempat-tempat menarik di sana.

Peminat juga tidak perlu risau lagi dengan makanan yang akan dihidangkan sepanjang percutian berkenaan. Ini kerana, menu yang termasuk dalam pakej itu sepenuhnya menawarkan hanya makanan halal berorientasikan makanan laut, ayam mahupun daging, sesuai dengan pelawat beragama Islam.

Keterangan lanjut untuk menyertai pakej istimewa ini boleh didapati dengan menghubungi pihak Air France KLM di sales.malaysia@klm.com atau hubungi Bill Bora di talian 011-123 28162.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Fizz Fairuz dan Tasha Shilla Ajak Peminat Melancong Ke Eropah”

  1. akubiomed says:

    Telan air liur dengan harga pakej melancong ke Eropah. :-)
    akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai Klebang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold