Farid Kamil Hadiahkan Cincin Untuk Diana Daniella

Pasangan pelakonĀ  yang sedang bercinta, Diana Danielle dan Farid Kamil tidak seperti pasangan lain yang menunjukkan keintiman dan kemesraan mereka di khalayak ramai, contohnya macam Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Jarang melihat gambar peribadi mereka yang mesra dikongsi di laman twitter seperti kebanyaka artis lain yang bercinta,salaupun mereka sudah bercinta 3 tahun.Nampaknya Diana dan Farid lebih suka low profile dan bercakap hanya tentang kerjaya tanpa fokus pada cerita peribadi.

Farid Kamil hadiah cincin kepada Diana sempena ulang tahun percintaan mereka

Baru baru ni menerusi laman hiburan Malaysian Digest, Diana Danielle ditemui di tayangan perdana Jiwa Taiko, dilihat ada sebentuk cincin di jari manisnya, rupanya cincin itu pemberian dari kekasihnya sempena ulangtahun percintaan mereka yang ke 3.

kata Diana, “Cincin ni sempena ulang tahun kami yang ketiga”,

apabila disoal tentang hubungan cinta mereka dan kes Diana dikatakan bergaduh dengan ibunya dan lari dari rumah kerana cinta tak direstui, Diana menafikan gosip yang tak benar itu. Diana kata hubungan dengan Farid masih berjalan dengan baik, dan dia tak pernah bergaduh dengan ibunya kerana Farid. kata Diana,

“Saya tak pernah lari dari rumah. Tak pernah gaduh dengan ibu saya. Saya tak lari berhari-hari, tanpa berita. Saya tak sekejam itu”,

“Saya pun tak pernah gaduh dengan ibu saya pasal Farid. Sebaliknya ibu merestui perhubungan kami dan sentiasa mendoakan kebahagian saya. Saya pun pelik macam mana isu ni boleh timbul. Buang masa saya jer nak explain”,

selama ini ibunya sentiasa menemani kemana saja dia pergi namun sejak kebelakangan ini ibunya tidak lagi selalu mengikutnya ke mana-mana majlis hiburan mahupun ke lokasi penggambaran kerana faktor usia.

“Sekarang ni pun ibu saya sudah tidak selalu ikut saya ke mana-mana majlis hiburan mahupun ke lokasi penggambaran. Dah umur 50 kan… dia cakap dia dah tak larat”,

Gambar cincin berlian hadiah dari Farid Kamil

Harap harap hubungan cinta mereka sampai ke jinjang pelamin macam Scha dan Awal ye…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Farid Kamil Hadiahkan Cincin Untuk Diana Daniella”

  1. akubiomed says:

    Nampak hubungan pasangan muda ini serius.
    akubiomed recently posted..Speedlight untuk kamera DSLR Canon

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold