Farid Kamil Buat Kejutan Hingga Diana Danielle Menangis

Farid Kamil telah membuat kekasihnya Diana Danielle menangis sepuas-puasnya apabila ‘membuli’ Diana sampai tertekan sebelum memberikan hadiah cincin pada hari ulangtahun percintaan mereka. Kesian Diana kena buli dengan kekasih dia..hehe!! macam macam cara ye nak buat kejutan kepada kekasih. Ada yang buat cara yang paling romantik..tapi Farid Kamil dia buat cara buli bagi nangis marah..

apa kejutan yang Farid buat tu sampai Diana nangis tertekan..cerita Farid,

“Sebelum saya hadiahkan cincin tu pada dia, saya dah buat dia menangis semahu-mahunya”

“Sebenarnya masa malam nak rai tu, saya create satu benda. Saya buat sampai dia menangis, sampai dia tertekan. Saya janji nak datang ambil pukul lapan, tapi bila dia call, saya bagi banyak alasan dan saya cakap saya dah hampir sampai. Dia gelabah sebab dia yang booking restoran tu, dan hingga pukul sembilan baru saya sampai. Walhal awal-awal lagi saya dah memang ada kat kawasan rumah dia”,

“Saya sengaja buat dia menangis, buat dia sampai rasa tertekan. Dia punya lah menangis giler sampai ke restoran dia tak peduli orang sekeliling, dia masih menangis. Saya releks jer, bagi dia lagi bengang. Sengaja saya buat dia macam tu. Saya tunggu dia menangis tahap maksimum, sejurus pastu saya keluarkan cincin, letak depan dia. Kira tu surprise saya lah”,

kenapa Farid bagi cincin..nak bertunang kah? kerana banyak spekulasi yang mengatakan mereka berdua bakal bertunang dalam masa terdekat..

“Saya pernah bagi sebesar-besar hadiah. Sampai tak boleh bawa masuk rumah iaitu seekor kuda sewaktu hari jadi dia dua tahun lepas. Dan kali ni, sekecil-kecil hadiah, cincin”

Bila Farid nak ke jinjang pelamin..

Bagi Farid perhubungan mereka masih baru dan perlu masing-masing perlu memberi peluang untuk meneroka lebih jauh lagi dalam bidang seni, Farid berasakan perancangan masa depan perlu diatur sebaik mungkin sebelum mereka mengambil tindakan untuk menaiki jenjang pelamin.

Kesibukan dalam bidang seni pula tidak pernah menghalang keutuhan cinta antara kedua-duanya. Bahkan lelaki ini menganggap kehidupannya sekarang lebih tersusun, dan dia sendiri dapat memberikan tumpuan kepada kehidupan dengan lebih sempurna, berbanding beberapa tahun lalu.

“Sembilan tahun saya dalam industri. Sebelum ni saya sangat sibuk dengan shooting, dengan belajar. Dunia saya hanya kat set dan di UiTM saja. Sekarang study pun dah habis. Dan dalam dua tahun ni, saya banyak bagi ruang pada diri sendiri. Study pun dah habis. Kalau tak sibuk shooting, saya ada juga lah masa untuk manjakan diri. Misalnya, main polo dan pergi salun.

sumber : Malaysiadigest

 

Diana Danielle cerita dia dapat kuda dari Farid

“Sebelum dapat hadiah itu, dia (Farid) bawa Dee ke sebuah kelab kuda dan Dee rasa pelik kerana dibawa ke situ. Apabila ditunjukkan seekor kuda dan dia kata itulah hadiah untuk Dee, memang Dee rasa sangat terkejut.
“Dia beli dua ekor kerana ditawarkan dengan harga yang rendah. Lagipun, dapatlah seorang seekor. Sayangnya, kuda Farid mengalami jangkitan pada kaki dan tidak dapat diselamatkan. Sebab itu Dee tak sanggup untuk membela kuda kerana penyelenggaraannya sangat rumit,”

Diana akui perangai Farid memang suka membuatkan dia menangis terlebih dahulu sebelum menghadiahkan sesuatu, tetapi cincin itu bukan tanda mereka bertunang, tapi sebagai tanda hubungan cinta mereka.

“Cincin mempunyai nilai sentimental tersendiri dan amat sinonim dalam perhubungan, jadi apabila dapat cincin, ia membuatkan Dee menangis. Sudahlah sebelum itu dia buat Dee menangis, apabila dapat cincin pun menangis lagi.

“Namun, cincin ini bukanlah tanda lamaran, tetapi sekadar bukti cinta kami. Kalau betul kami akan berkahwin ataupun dia melamar Dee, kami akan berterus-terang kerana bagi kami, lebih baik semua orang tahu mengenai perhubungan ini,”

Diana dapat hadiah kuda tapi nak jaga susah

“Sebelum dapat hadiah itu, dia (Farid) bawa Dee ke sebuah kelab kuda dan Dee rasa pelik kerana dibawa ke situ. Apabila ditunjukkan seekor kuda dan dia kata itulah hadiah untuk Dee, memang Dee rasa sangat terkejut.
“Dia beli dua ekor kerana ditawarkan dengan harga yang rendah. Lagipun, dapatlah seorang seekor. Sayangnya, kuda Farid mengalami jangkitan pada kaki dan tidak dapat diselamatkan. Sebab itu Dee tak sanggup untuk membela kuda kerana penyelenggaraannya sangat rumit,”

 

sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Farid Kamil Buat Kejutan Hingga Diana Danielle Menangis”

  1. kopipanas says:

    romantik juga Farid Kamil ni
    kopipanas recently posted..Pelakon Gambit Mengaku Pro Bermain Poker

  2. akubiomed says:

    Nasib baiklah Danielle tidak angkat kaki terus balik rumah. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh bulan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold