Erra Fazira Rimas Dengan Gosip Pergolakan Rumahtangganya

Erra Fazira Wan Chik mengakui rimas apabila ada saja gosip yang mengatakan rumahtangga dia dan Engku Emran sedang dilanda krisis. Pelbagai versi cerita mengenai rumahtangga sejak akhir akhir ini. Mengenai suaminya Engku Emran dilihat tidak lagi kerap mengikut dan menemani Erra ke acara hiburan dan tidak seromantis dulu. Erra mengakui suaminya jarang mengikutnya seperti biasa dan dia tidak boleh paksa suaminya kalau empunya diri enggan.

Ada yang mendakwa pasangan Erra dan Engku Emran  telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.

Erra rimas digosip dengan masalah rumahtangga

“Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.

“Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya,”

“Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang,”

“Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun,”

“Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya,”

“Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri,”

Engku Emran jarang temani Erra

“Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.

“Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya.”

Apa reaksi Emran apabila dilanda gosip, kata Erra,

“Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri.”

“Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka,”

 

sumber: kosmo online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold