Ella Sahkan Bakal Nikah Dengan Juruterbang 7 Julai

Ratu rock Ella, 46 tahun telah mengesahkan yang dia akan bernikah dengan Azhar Ghazali, 30-an,  seorang juruterbang yang bertugas di syarikat penerbangan Firefly. Majlis perkahwinan akan berlangsung pada 7 Julai ni di kediamannya di Klang, Selangor.

Majlis akan dibuat secara sederhana dan tertutup, hanya keluarga terdekat, kenalan rapat sahaja yang akan dijemput. Majlis resepsi Ella dan Azhar akan dibuat pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kata Ella dia akan jemput lebih ramai tetamu pada majlis resepsi kelak.

apa kata Ella,

“Alhamdulilah akhirnya apa yang diperkatakan sebelum ini, persoalan bertahun-tahun yang diajukan kepada saya sudah ada jawapannya. “Doakan yang terbaik dan semuanya berjalan lancar,”

“Insya-Allah majlis resepsi nanti pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, saya akan jemput lebih ramai orang,”

Perkenalan Ella dengan Azhar

Ella mengenali Azhar yang berasal daari Muar Johor sejak 9 tahun lalu dan hubungan mereka semakin serius sejak 3 tahun kebelakangan ni. Ella sifatkan Azhar sebagai seorang yang sangat memahami dan menerima dirinya seadanya, Ella yakin jodohnya sudah tiba

“Sembilan tahun kenal tetapi kerana kesibukan tugas masing-masing membuatkan kami berhubung secara jarak jauh sahaja. “Hinggalah akhir-akhir ini hubungan itu semakin serius dan kami memutuskan untuk melangkah ke peringkat lebih baik. Lantas pihaknya datang merisik pada 17 Jun lalu di rumah keluarga saya di Klang,”

“Sikapnya yang matang dan sentiasa positif membuatkan saya selesa dan cepat serasi dengannya. Malah, Azhar seorang yang pandai mengambil hati keluarga saya dan menghormati orang. Dia menerima segala kekurangan dan kelebihan saya selain ikhlas dan jujur sepanjang kami berkenalan,”

 

Tahniah kepada Ella semoga jodoh Ella dengan jejaka pilihan kekal hingga ke akhirnya.

Gambar Ella kat kursus kahwin

Artikel berkaitan

Ella dan Azhar Ghazali sudah lama berkenalan

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ella Sahkan Bakal Nikah Dengan Juruterbang 7 Julai”

  1. akubiomed says:

    Sudah lama Ella membujang elok ada teman. :-)
    akubiomed recently posted..Mr Bean sudah buka di Malaysia yang pertama

  2. suri says:

    sejuk hati degar dh ada kumbag dlm tmn hati dia….amin semoga d mudahkan
    suri recently posted..Perbezaan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold