Ella Bakal Berkahwin 7 Julai Ini

Penyanyi rock terkenal Ella bakal berkahwin 7 Julai ini dengan seorang pemuda dari Johor. Dipetik dari laman web hiburan murai.com.my, ahli keluarga Ella mengakui dia akan bernikah dengan pemuda bernama Azhar Ghazali  yang juga seorang pilot itu di kediaman keluarganya di Klang Selangor. Ella yang baru menjadi juara Mentor bagaimanapun lebih suka mendiamkan diri dari

bercakap soal kahwin. Terdahulu Ella dikatakan telah menghadiri kursus perkahwinan pada bulan Mac tahun ini, sejak  banyak spekulasi dan gosip mengenai Ella yang dikabarkan akan berkahwin pada tahun ini.

Ella ke kursus kahwin

Dipetik dari web hiburan gua.com.my, pasangan Ella dan Azhar yang kacak dan tinggi lampai itu sudah lama berkenalan tetapi hubungan mereka pernah putus di tengah jalan dan akhirnya bertaut kembali. Pihak keluarga dikatakan sudah bertemu dan merestui hubungan mereka.

Semoga Ella dan pemuda pilihannya selamat dijabkabulkan. :)

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold