Drama Keluarga Iskandar di Astro Prima

Satu drama bersiri bertajuk Keluarga Iskandar akan ditayangkan pada 3hb Julai ni di Astro Prima. Drama bercorak kisah keluarga ni dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, Susan Lancester, Hilal Azman, Anita Baharom, Zain Ruffedge, Kismah Johari, Sobri Maharajalawak  dan anak pelakon Anita Baharom pun akan turut serta berlakon.

Menarik juga barisan pelakon dalam Keluarga Iskandar ni ye. Pelakon Susan Lancester sememangnya sudah lama tak berlakon di kaca tv, masa kecik dulu selalu kita lihat dia dalam sitkom  2+1.Pengambaran drama ni dibuat di sekitar Johor Bharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Horizon Hills, Port Tanjung Pelepas dan beberapa lagi lokasi menarik di Johor.

 

 Keluarga Iskandar

Drama 15 episod ini mengisahkan seorang nenek bernama Mak Jah(Kismah Johari) yang cuba untuk menyatukan kembali anak-anak dan cucu-cucunya yang sudah berpecah. Keluarga Iskandar ini lebih moden sesuai dengan zaman zekarang di mana teknologi yang semakin canggih, nenek dalam cerita ini sudah pandai menggunakan internet, ipad, facebook untuk berhubung dengan anak cucun dan sebagainya.

Sinopsis Keluarga Iskandar

Keluarga Iskandar ada Abang Long yang bernama Aziz Iskandar (Hilal Azman) dan dia ada seorang anak, diikuti oleh Azman Iskandar (Sobri Anuar) yang berkahwin dengan Kamariah Abdullah (Susan Lankaster) dan Azura (Anita Baharum) yang bersuamikan Kamal (Azhar Sulaiman). Tiga lagi anak Mak Jah ialah Uda berada di luar negara, Azlan (Zain Ruffedge) yang beristerikan Nur (Kuni) dan si bongsu Adibah (Hiera Hassan).

Ia mengisahkan pergolakan dalam keluarga Iskandar dan apa yang dipaparkan dalam sitkom adalah perkara seharian yang berlaku dalam rumah tangga dan keluarga kita sendiri. Bagaimana Mak Jah yang sangat mengambil berat mengenai anak dan cucunya. Antaranya kisah Azlan yang ingin mengahwini Nur tetapi dia tak mahu bersanding.

Abang Long yang menduda pula selalu beralah dan dia sanggup berkorban tinggal bersama Mak Jah kerana adik-adiknya yang lain mempunyai keluarga sendiri. Kamal pula baru saja berhenti kerja tetapi dia beritahu kepada isterinya.

Dia berlagak seperti biasa apabila dia keluar awal pagi dan balik petang kononnya sibuk bekerja. Menjelang hari raya, Kamal juga takut bermain bunga api kerana tragedi yang menimpanya ketika kecil.

Suatu hari Mak Jah mendapat hadiah telefon pintar daripada salah seorang anaknya demi memudahkan mereka berhubungan.

Malangnya pemberian hadiah itu menyusahkan semua anaknya kerana Mak Jah selalu mengirim SMS kepada mereka untuk bertanya apa yang mereka lakukan dan di mana mereka berada. Mak Jah juga sudah pandai menggunakan FB dan perkembangan terbaru itu membuatkan anak-anaknya berasa rimas,

Mungkinkan drama keluarga ini mengembalikan zaman kegemilangan drama Opah tahun 80-an dulu?

Pelakon Keluarga Iskandar

Jangan lupa saksikan Keluarga Iskandar di astro Prima 3 Julai ni.

nurizspace

Review

Setelah menonton drama Keluarga Iskandar semalam..rasa best pulak tengok, memang drama ni lain dari yang lain, dirakamkan seakan akan macam dalam satu kisah realiti kehidupan or dokumentari. Pelakon berlakon tetapi tidak macam berlakon, semua beraksi seperti dalam alam realiti, dengan skrip yang bersahaja dan spontan.

Kita yang melihat seperti melihat rancangan realiti dan ada orang merakam apa yang berlaku dalam family mereka. Lakonan Sobri, Susan Lancester yang agak bersahaja. Sobri jadi suami kepada Susan Lancester yang serius, selalu tgk dia melawak saja kan.

 

Babak dalam keluarga masa makan pagi dan masa persiapan kahwin anak Mak Jah lakonan Zain Ruffedge pun best, semua bersahaja, dengan riuh rendah budak budak bergaduh. Semua pelakon membawa watak masing masing dgn spontan. Mulut  Mak Jah yang bising, semua tu memang ada dalam kehidupan kita. Mak Jah yang garang dan tegas mulut dia kepoh suka tengok dia berleter kat anak anak dia :) mak saya pun macam tu jugak :)

 

tak sabar nak tgk episod akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Drama Keluarga Iskandar di Astro Prima”

  1. mrs.sheikh says:

    best kan.. semalam tgk pun rasa sempoi je..
    tak macam drama melalut kat astro selalu tu..
    susan tu sungguh antural lakonannya :)
    barisan pelakon yg mantap.. azhar sulaiman.. kismah.. semuanya menjadi rencah best :D

  2. nurmisnan says:

    suka sgt ceta ni sis… selalu follow.. cerita tentang
    keluarga sebenar secara life. i loike so much..
    nurmisnan recently posted..Full moon ramadhan + anak saudara baru

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold