Datuk Sharifah Aini Baru Nak Daftar Sebagai Pengundi Baru

Biduanita negara Datuk Sharifah Aini baru mendaftar sebagai pengundi baru semalam di Pejabat Pos Besar Shah Alam dan beliau akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya. Walaupu malu kerana selama ini tak pernah mengundi, beliau ketepikan perasaan malu tu kerana baru sedar akan kepentingan mengundi demi masa depan negara.

Kesedaran itu timbul selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatinya agar berbuat demikian pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 Isnin lalu.

“Beliau (Ismail Sabri) memberitahu saya bahawa kerajaan sentiasa ingin membantu kami semua (golongan artis) dan oleh kerana itu, saya rasa ini adalah platform yang sesuai untuk menentukan siapa kerajaan yang ingin dipilih nanti.

“Pendaftaran hari ini (semalam) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi saya pada 2 Julai depan dan saya akan membuang undi di kawasan Parlimen Petaling Jaya,”

 

sumber : kosmo

 

Eloklah lah tu ada jugak kesedaran nak mengundi, artis macam penyanyi Ibnor Riza pun mengaku jugak dia tak pernah mengundi sebab tak minat hal hal politik negara. Bukan sebab minat tak minat tetapi gunakanlah hak sebagai rakyat untuk memilih demi masa depan negara.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold