Caroline Banyak Dapat Tawaran Dari Syarikat Rakaman

Usaha yang tak putus putus dari Mentor Ella mengajar anak didiknya Caroline membuahkah hasil, Caroline sudah dijangka untuk memenangi Mentor musim ke 6 semalam. Biarpun Caroline tak dapat banyak undian dari juri awam, tetapi juri tetap yang terdiri dari Dato Ramli MS, Dato Sharifah Aini, Azmeer dan juga Amy Search memberikan markah yang tinggi sekali berbanding markah protege lain.

Ella mengakui Caroline sudah mendapat banyak tawaran dari beberapa syarikat rakaman yang mahu protegenya bernaung dan menjadi artis di bawah syarikat mereka.

“Ella akui banyak tawaran yang sudah diterima Caroline untuk merakamkan album. Buat masa ini, kita ‘hold’ dahulu sebab kita betul-betul nak fikir dan buat keputusan yang bijak. Kita nak jaga kualiti dari segi kualiti sesebuah karya itu dan juga kenal pasti arah tuju muzik Caroline “

“ Ella terharu dan gembira malam ini. Tak sia-sia Ella ajar Caroline untuk jadi seorang protégé yang baik. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Bagi Ella, Caroline seorang student yang bagus dari segi cara dia belajar dan Ella harap rancangan Mentor akan diteruskan lagi pada masa hadapan”,

“ Ella sangat berbesar hati mendapat Caroline selaku protégé. Ella suka cara dia hargai kerja, pelajaran, keluarga dan semua yang ada di sekeliling dia. Bagi Ella, Caroline seorang pelajar yang pintar. Dia ada intelektual dalam muzik dan berkemampuan untuk buat semua genre muzik yang merupakan satu kelebihan untuk Caroline”

“ Bagi Ella, Caroline sangat bertuah kerana dikurniakan bakat sebegitu besar dan Ella bertuah sebab dapat Caroline. Selepas ini, kita akan bantu Caroline ‘push’ single beliau dan barulah rancangan untuk rakamkan album dan sebagainya akan kita aturkan “

 

Saya bersyukur sangat-sangat dan sejujurnya memang kemenangan malam ini tak diduga. Caroline pun berada dalam keadaan batuk tapi Kak Ella tak putus-putus bagi harapan pada Caroline. Batuk yang Caroline alami sejak separuh akhir kedua itu sebenarnya disebabkan tak cukup tidur dan latihan yang banyak”

Banyak lagi Caroline perlu belajar , pentas Mentor 6 merupakan permulaan saja bagi artis baru bertapak. Jangan jadi macam artis yang lahir dari rancangan realiti lain yang sepi hingga kini walaupun dinobatkan sebagai juara.. macam Shahir, Salma Mentor pun sepi jugak, pemenang OIAM Ayu , Suki walaupun juara, tapi orang lagi kenal Faizal Tahir, lebih kenal Shila Amzah..jadi pandai pandai la promokan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Caroline Banyak Dapat Tawaran Dari Syarikat Rakaman”

  1. akubiomed says:

    Ada pakej yang lengkap. Harap dengan perubahan mendadak ini akan merubah kehidupan beliau menjadi lebih baik.
    akubiomed recently posted..Suasana jerubu atau mataku kelabu?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold